Sunday, 15 November 2020
Kebaikan Skrub Muka. Jom Baca Ni!
Apa Maksud Jerawat pada Kulit Anda? Jom Baca Ni!
5 Cara Betul Pakai Facial Mask. Jom Baca Ni!
Pori Pori Anda Besar? Anda Patut Cuba Ni!
Facial Mask Apa Nak Pakai? Apa Fungsi Facial Mask Ni?
Eye Stress? Bawah Mata Lebam? Wajib Baca ni Kalau Anda Pernah Alaminya!
Aku, Pantai Kuta dan Memori Lama
Assalamualaikum..
Harini masa scroll newsfeed di Facebook, saya diingatkan oleh Facebook kepada kenangan saya solo backpacker di Bali pada tahun 2016.. Saya ingat lagi itu adalah perjalanan solo saya yang pertama di Indonesia selain dari Jakarta dan Bandung.. Sebelum ni saya pernah solo backpack juga ke Europe tapi kenangan di Bali ni sangat istimewa.. Kenapa istimewa? Sebab perjalanan ke Bali ni saya buat beberapa bulan sebelum saya pulang ke Malaysia.. Oh ye, sebelum ni saya bekerja di Jakarta, Indonesia selama 3 tahun.. Banyak sangat kenangan yang mematangkan dan mendewakan saya sepanjang di Jakarta.. Bukan saja. perjalanan mencari rezeki, tetapi juga perjalanan mencari diri sendiri, mencari Allah, mencari iman dan taqwa.. MasyaAllah tak mampu saya nak ucapkan perasaan tu.. Boleh menitis air mata.. hihi..
Saya ingat lagi beberapa bulan sebelum tu saya mengalami tekanan yang sangat hebat.. Yes, betul betul hebat sehingga ketabahan dan iman saya diuji.. Sehingga saya rasa tiada lagi titik damai dihati.. Hampir setiap malam saya berbicara kepada Dia yang maha mengatur hidup ini.. Saya menangis kepada Dia.. Dan kemudian saya mengaturkan langkah ke Bali untuk mencari semula erti hidup ini.. Saya mencari alam dan denai untuk mendalami erti hidup.. Alhamdulillah, saya temui ketenangan disitu..
Saya ingat lagi masa tu pagi pagi lagi saya dah ambil teksi dan terus ke airport.. Sejuk sangat pagi tu.. Pagi yang damai.. Airport pun takde orang.. Macam biasa, saya akan singgah di Starbucks hirup secawan coklat panas kegemaran sambil menulis beberapa cerita kenangan di diari merah kesayangan saya.. Diari merah - itulah sahabat saya setiap kali hidup saya diuji.. Dia lah sahabat yang sudi mendengar.. Dia lah juga sahabat yang merakam segala episod hidup saya..
Saya sampai di Bali tengahari.. Takde kenderaan yang jemput.. Tiada sahabat yang menunggu.. Hanya saya sendiri.. dan saya mengatur perlahan lahan mencari kereta sewa yang saya percaya selamat untuk membawa saya ke penginapan saya.. Dalam kereta sewa, supir bertanya "ibu datang sendiri?" Allah, masa tu tiba tiba Allah campak rasa takut dalam diri saya.. Macam mana kalau supir ni bukan orang yang baik.. Tapi lepas tu saya pujuk diri.. Eh, mana mungkin dia bukan orang yang baik sedangkan saya sedang bermusafir dan Allah hantar "penjaga" ini kepada saya.. Alhamdulillah, lepas hampir 1 jam saya selamat tiba di hotel penginapan..
Petang tu saya menyusur jalan di sekitar pantai kuta.. Ramai dengan manusia.. Tak pasti sama ada mereka sama seperti saya yang mencari ketenangan dan makna hidup.. atau mungkin mereka sekadar memenuhi episod dalam cerita saya.. Perasaan saya masa tu damai sedamainya air laut yang menepuk lembut pantai.. Saya melihat ada anak anak berlari lari di pantai.. Ada yang bermain jet ski di sebalik ombak.. Dan ada pula dengan novel di tangan membaca sambil menikmati panorama indah di waktu petang.. Begitulah hidup ni kan.. Kadang kita berada di atas seperti mana jet ski itu berdiri di atas ombak.. Ada masanya kita jatuh bila tenggelam dalam ombak.. Dan ada pula masa yang lain kita hidup lebih santai dan tenang sehingga mampu membaca novel disebalik ramainya penghuni pantai petang itu.. Tapi anda nak pilih life yang mana?
Memang life kita ni sememangnya dah diaturkan oleh Ya Baari, Yang Maha Mengatur.. Tapi kita sentiasa ada pilihan untuk pilih life yang macam mana yang kita inginkan.. Kalau betul jalan yang kita pilih maka betul la life kita.. Tapi kalau salah jalan yang kita pilih, maka pastilah life itu menuju ke tempat yang salah.. Jadi, life yang mana anda inginkan? Hanya anda sorang je ada jawapan..
Kadang apa yang kita inginkan belum lagi Allah makbulkan.. Bertahun tahun kita minta pun belum tentu Allah berikan.. Sebab kuasa memberi hanya ditangan-Nya.. Tapi seperti mana diceritakan dalam Al-Quran, Nabi yaakub tidak putus asa berdoa pada Allah supaya diberikan zuriat walaupun rambutnya telah beruban, begitulah juga kita tak boleh berputus asa dengan Allah walaupun tanda tandanya masih belum kelihatan.. Sebab kita tak tau doa kita yang manakah Allah akan makbulkan.. Jadi, anda kena terus kuat okay..
Saat ini, saya begitu rindu pada kenangan dulu.. Kenangan yang mematang dan mendewasakan saya.. Kenangan yang menjadikan saya lebih kuat harini.. Kadang mungkin kita tak ingin ingat pada kenangan dulu.. Tapi kita harus terima kerana kenangan itulah kita menjadi wanita yang hebat pada hari ini..
Afzan Ismayatim
Menulis dari hati
Putus asa dengan masalah kulit kusam? Jom Baca ni!
Nak Kulit Cerah, Glowing Cergas? Anda Patut Cuba LumiVie MaryKay Ni!
Last sekali, moisturiser.. Haa ini pun step yang sangat sangat penting.. Serious, ini step yang anda tak boleh tinggal tau.. Sebab kulit kita perlukan kelembapan untuk jadi lebih sihat.. Dan kelembapan juga boleh elakkan jerawat tumbuh.. Anda tau tak macam mana jerawat ni boleh tumbuh kat kulit kita? Haaa jerawat ni sangat suka pada kulit yang berminyak tau.. Pastu minyak ni pula jadi banyak dan banyak dan banyak bila kulit kita kering kontang.. So disebabkan kulit memang kena sentiasa dalam keadaan lembab, so secara automatik ia akan keluarkan minyak untuk pastikan keadaannya sentiasa lembab.. So bila dah banyak minyak, maka jerawat pun mula tumbuh.. Haa kalau anda tak nak jerawat tumbuh, pastikan anda pakai moisturiser ni okeh.. Walau apa pun terjadi, kena pakai mosituriser.. Haa macam tu sekali saya nasihatkan anda pakai pelembab ni.. hehe.. Tapi serious, memang penting sangat moisturiser ni..
Caranya mudah je.. ambil sedikit moisturiser ni pastu macam biasa ratakan ke seluruh wajah.. Gunakan 2 jari anda untuk meratakan tau.. Pastu apply ikut urutan menaik dan keluar okeh.. Apa maksudnya? Haa maksudnya jangan buat bulatan atau pusaran macam kita buat selalu tu.. Tapi amalkan teknik yang betul untuk apply moisturiser..
Okay, semoga berjaya dengan usaha kecantikan wajah anda ye.. Pastikan anda konsisten untuk dapatkan hasil yang baik tau.. Nak dapatkan khidmat nasihat kulit anda boleh contact saya okeh..
Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia
Cara betul pakai serum dan moisturiser ramai wanita tak tahu
Saturday, 14 November 2020
Anda yakin kulit anda dah dicuci bersih? Jom baca ni!
Eh, tapi anda tau tak kenapa kita mesti ikut teknik urutan muka ni? Haa selain untuk lancarkan peredaran darah dan aliran oksigen, ia juga boleh elakkan kulit kita menggelebeh tau.. So muka kita akan nampak muda je selalu.. Nampak terletak.. So takde la kulit muka kita turun dan gelebeh kan.. Nanti next posting saya cerita lebih lanjut pasal ni ye.. Saya memang suka nak share benda yang best best macam ni.. Especially perkara pasal kecantikan.. hihi.. Saya suka untuk jadi cantik dan nak semuaaa wanita juga jadi cantik setiap hari..
So, untuk dapatkan kulit yang lebih bersih, cantik dan sihat pastikan anda gunakan skinvigorate sonic ni tau.. Untuk dua-dua sekali function - facial dan massage.. Kalau anda nak belajar lagi pasal skinvigorate sonic ni dan nak tau kenapa best sangat skinvoigorate sonic ni, anda boleh whatsapp saya okeh.. No ada saya sertakan disini.. Okay, sampai jumpa lagi di next posting ya..
Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant
Duduk rumah tak payah pakai skincare? Betul ke?
Thursday, 12 November 2020
Kulit anda kusam musam gelap tak bercahaya? Anda wajib baca ni!
About Me
Popular Posts
-
Anda suka melancong? Saya pun suka melancong juga. Bagi sesetengah orang, melancong ibarat “impian menjadi kenyataan”. Sebagai contoh...
-
Assalamualaikum.. Macam mana nak pakai facial mask dengan betul? Haa.. Ingat lagi tak posting saya sebelum ni pasal kepentingan facial mas...
-
Assalamualaikum.. Betul ke kalau kita duduk rumah tak perlu pakai skincare? Betul ke kalau kita duduk kat rumah tak payah risau pasal muk...
-
Assalamualaikum.. Pernah tak anda tertanya tanya kenapa muka banyak jerawat? Dah pakai macam macam produk pun jerawat ni tak nak kebah kebah...
-
Assalamualaikum.. Untuk posting kali ni kita nak sembang sembang pasal facial mask pulak.. hehe.. Berapa kerap anda pakai facial mask dala...
-
Assalamualaikum.. Haiii apa khabar anda harini..? Saya doakan semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, bahagia dan dilindungi Allah sw...
-
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat? Saya doakan agar anda sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia dengan cinta-Nya Ya Waduud....
-
Assalamualaikum.. Berapa ramai ada masalah macam ni? Bila tengok cermin je benda pertama yang kelihatan adalah liang poro pori yang besar? A...
-
Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat syurga saya harini? Saya doakan semoga anda sentiasa sihat, tenang dan bahagia dalam rahmat dan kas...
-
Assalamualaikum.. Dah pakai set LumiVie ni ke? Kalau anda ada masalah kulit kusam, kulit gelap tak berseri, ton kulit tak sekata disebabka...
Recent Posts
Categories
Blog Archive
-
▼
2020
(22)
-
▼
November
(13)
- Kebaikan Skrub Muka. Jom Baca Ni!
- Apa Maksud Jerawat pada Kulit Anda? Jom Baca Ni!
- 5 Cara Betul Pakai Facial Mask. Jom Baca Ni!
- Pori Pori Anda Besar? Anda Patut Cuba Ni!
- Facial Mask Apa Nak Pakai? Apa Fungsi Facial Mask Ni?
- Eye Stress? Bawah Mata Lebam? Wajib Baca ni Kalau ...
- Aku, Pantai Kuta dan Memori Lama
- Putus asa dengan masalah kulit kusam? Jom Baca ni!
- Nak Kulit Cerah, Glowing Cergas? Anda Patut Cuba L...
- Cara betul pakai serum dan moisturiser ramai wanit...
- Anda yakin kulit anda dah dicuci bersih? Jom baca ni!
- Duduk rumah tak payah pakai skincare? Betul ke?
- Kulit anda kusam musam gelap tak bercahaya? Anda w...
-
▼
November
(13)