Assalamualaikum..
Betul ke kalau kita duduk rumah tak perlu pakai skincare?
Betul ke kalau kita duduk kat rumah tak payah risau pasal muka dan skincare?
Saya banyak terima soalan-soalan macam ni.. Kata orang, bila ada kat rumah kenapa nak risau risau pasal muka.. Bukan ada orang tengok pun kan.. Betul ke? Haa, mesti la tak betul.. Sebab walaupun kita duduk rumah, kita tetap kena pentingkan penjagaan muka.. Tak kisah sama ada wanita ataupun lelaki, tua ataupun muda.. Penjagaan muka ni sama pentingnya kat semua orang tau.. Cuba anda perhatikan bila anda bangun pagi.. Muka anda mesti berminyak kan.. Lepas tu kadang kadang seharian kita duduk kat dapur memasak.. Itu pun akan contribute minyak dan kotoran pada muka kita.. Tambah pula bila kita masak, kita terdedah pada api dapur yang ada sinar UV.. Haa, sinar UV bukan pada matahari je tau.. Tapi sinar UV pun ada dalam rumah kita.. Inilah perkara yang kita selalu tak perasan..
Memang la bila kita kat rumah takde orang tengok, tapi bukan ke kita masih ada suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.. Haa penting juga utuk kita sentiasa jaga penampilan kan.. Sebab kita tak nak hanya cantik masa kita keluar je kan, sedangkan cantik yang paling utama tu bila kita ada kat rumah di hadapan suami dan anak-anak.. Sedangkan dalam agama sendiri pun ada ditekankan untuk kita berhias di hadapan suami kan.. Ingat lagi tak.. hihi.. Oh ye, lagi satu, bukanlah niat utama kita cantik untuk orang tengok, tapi untuk kesihatan wajah kita.. Bila kita tengok cermin nampak muka kita bersih cantik rasa tenang je hati kan.. Tapi kalau muka kita berjerawat dan banyak breakouts, tengok cermin pun rasa stress kan..
Dulu masa muka saya teruk dengan jerawat, saya memang stress.. Bukan setakat stress dengan jerawat je.. Tapi stress sebab life saya pun carca marba masa tu.. huhu.. Urusan kerja dan personal life semua bergabung sekali, kesannya muka saya jadi teruk.. Yes, betul.. Kalau hidup kita carca marba memang boleh nampak kat muka tau.. So orang memang boleh nampak macam mana life kita.. Cuba anda perhatikan, ada ke orang yang happy dan bahagia bila muka dia berminyak dan berjerawat.. hehe.. Mungkin ada tapi tak ramai.. Tapi kebanyakkan orang yang bahagia dengan life dia mesti diiringi muka yang manis, cantik dan berseri.. Perasan tak.. Bila kita tengok dia pun rasa sejuk je hati.. hehe.. Cakap pasal pemanis muka ni, saya teringat ada seorang influencer ni saya jumpa dia masa bulan Disember 2019 lepas.. Pertama kali saya jumpa dia saya perhati je muka dia.. Dalam hati saya kata, MasyaAllah bersihnya dan manisnya muka dia.. Senyum dan sangat berseri.. Dari situ saya buat conclusion, kalau kita bahagia dan gembira dengan life kita memang boleh dilihat dari air muka kita.. Tapi kan, saya percaya muka dia manis bukan setakat life dia yang best best je.. Tapi juga sebab dia ambil berat pada penjagaan muka..
Haa nampak tak betapa pentingnya penjagaan muka ni.. Walaupun kat rumah, jangan sekali sekali kita abaikan penjagaan muka kita tau.. Penting sangat ni.. Biarlah kita rawat muka kita dari awal, dari kita biarkan kulit kita berlarutan teruknya.. Amalkan runtin penjagaan muka yang betul.. Setiap hari mesti kena cuci muka dengan pencuci yang betul, amalkan toner untuk segarkan kulit muka, serum untuk merawat struktur dalaman kuit dan paling penting, mosituriser untuk melembabkan kulit.. Lepas tu, seminggu 2x boleh amalkan exfoliation dan masking.. Mudah je kan.. Cuma kena ambil sedikit masa je untuk rajinkan diri jaga kulit kita..
Produk apa yang terbaik? Sebenarnya itu bergantung pada kos, keadaan kulit dan kegemaran kita.. Pada saya, menggunakan produk MaryKay adalah keputusan terbaik yang saya pernah buat.. Yes, sangat sangat terbaik.. Malah, saya jatuh cinta dengan produk MaryKay.. hehe.. Sebab itulah juga harini saya upgrade diri sendiri jadi salah seorang MaryKay Independent Beauty Consultant di Malaysia ni.. Sebab saya nak lebih ramai wanita yang dapat manfaat dari produk ni dan miliki kesihatan kulit yang lebih baik macam mana saya miliki harini.. Kalau anda nak tau lebih lanjut, boleh hubungi saya ye.. Oh ye, kat sini saya sertakan set LumiVie MaryKay yang saya gunakan kalau ada yang berminat nak tahu ye..
Sampai jumpa lagi di next posting ya :)
Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia
0 comments:
Post a Comment