Saturday, 22 August 2020

Salam Awal Muharam 1442 H

 Assalamualaikum sahabat..



Selamat menyambut Awal Muharam 1442 H buat semua sahabat yang saya kasihi dan sayangi.. Sedar tak sedar dah masuk pun tahun baru Islam.. Rasa macam baru je baca doa awal tahun 1441 H haritu kan.. Begitulah hidup kita.. Sangat pantas berlalu.. Betul kata para ulama, di akhir zaman ni masa akan berlaku begitu pantas.. Hidup ni terlalu singkat untuk di sia-sia kan.. Sebab itulah kita kena manfaatkan masa yang ada ni dengan sebaiknya.. Beri value kepada hidup orang lain.. Tunaikan amal ibadat dengan sempurna.. dan banyakkan amalan yang dapat memberatkan timbangan amal kita di akhirat nanti.. Mudah-mudahan kita tergolongan dalam hamba-hamba yang Allah kasih dan sayang..

Oh ye, sebut tenting tahun baru ni kan.. Apa azam anda untuk tahun ni.. Alhamdulillah buat anda yang dah tulis 1001 azam dan matlamat untuk tahun ni.. Semoga kita menjadi umat Islam yang lebih baik dari sebelumnya.. InshaAllah.. Tapi kalau anda masih belum buat azam dan matlamat, jangan risau.. Anda masih boleh buat sekarang.. Kata orang, "better late than never" kan.. Biarlah kita lambat mcm mana pun, asalkan kita tetap menulis matlamat kita.. Itukan lebih baik dari kita takde matlamat langsung kan..

Dulu saya pun macam kebanyakan anda juga.. Impian setinggi gunung.. Macam-macam saya nak capai dalam hidup.. Nak berjaya macam orang lain juga.. Bila tengok kejayaan orang lain, saya rasa terbakar..  Macam-macam kelas saya pergi untuk perbaiki hidup.. Tapi sayangnya momentum tu sekejap je.. Bila habis kelas, saya kekal jadi seperti biasa..

Lepas beberapa tahun, saya perhatikan orang yang sama-sama berjuang dengan saya dulu dah jadi orang berjaya pun sekarang.. Malah diorang dah jauh tinggalkan saya kat belakang.. Hadoiii lagi la saya rasa terbakar kan.. hehe.. Pastu saya fikir balik apa sebenarnya masalah saya.. Adakah saya tak layak berjaya macam orang lain? NO.. NO.. NO.. Saya pun sama macam orang lain.. Ada dua mata.. Ada dua tangan.. Ada dua kaki.. Sempurna macam orang lain juga.. 

Tapi apa yang membezakan saya tengan orang lain? Haaa inilah perkara yang saya nak share dengan sahabat semua.. Bila saya cuba muhasabah diri, rupanya saya belum cukup kuat nakkan impian tu.. Keinginan dan emosi saya belum cukup besar hingga saya kena kejar impian dan cita-cita tu.. Saya tak pernah tulis pun impian saya macam mana orang lain menulis impian mereka.. Saya cuma cakap di mulut.. Tapi takde emosi yang tinggi dan tindakan nak capai impian tu.. Itulah yang membezakan saya dengan orang lain.. Jadi, kalau saya belum berjaya lagi macam orang lain, saya kena salahkan diri sendiri.. Bukan orang lain.. Saya yang tak bertindak.. 

Tahun 2020 ni benar-benar membuka mata saya.. Bukan saja membuka mata untuk menjadi insan berjaya, malah menjadi version diri saya yang lebih baik dari sebelum ni.. Saya tak mahu lagi hanya bertepuk tangan untuk orang lain.. Tapi sekarang masanya untuk saya tepuk tangan dengan kejayaan saya pula.. InshaAllah, saya juga ingin membentuk lebih ramai lagi wanita kat luar sana untuk berjaya dalam hidup, kewangan, kerohanian dan masa depan.. Bukan saja wanita di Malaysia, malah pada semua wanita lain di pentas dunia.. Anda doakan saya ye :)

So, apa impian dan cita-cita anda..? Jangan lupa tuliskan impian anda juga ye.. 


Salam sayang,

Afzan Ismayatim

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN