Friday, 11 September 2020

Ambil Tahu Kitaran Haid Anda




Assalamualaikum..

Baru-baru ni sahabat saya ada mengadu tentang masalah haid tak teratur yang beliau alami.. Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya dengar sahabat dan orang sekeliling saya mengalami masalah haid tak teratur ni.. Malah, pelanggan yang berurusan dengan saya pun ramai juga yang alami masalah ni.. Terutamanya mereka yang sedang ikhtiar hamil.. Itu pun mereka tahu lepas buat pemeriksaan doktor..

Disebabkan masalah haid tak teratur ni antara perkara utama yang merunsingkan jiwa wanita dan anak gadis harini, so saya ada buat sedikit research tentang penyakit ni untuk rujukan anda.. 

Kenapa isu haid tak teratur ni perkara penting yang semua wanita patut tahu? 

Haa.. Ni bukan isu untuk kira waktu subur bagi ikhtiar kehamilan je tau.. Malah, wanita bujang dan anak gadis pun wajib ambil tahu soal kesuburan dan kitaran haid mereka.. Salah satu sebabnya adalah haid merupakan proses ovulasi yang dialami oleh setiap wanita dan ia berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang wanita.. Kedua, wanita mempunyai hormon estrogen yang tiada pada lelaki, dan hormon ini juga berkait rapat dengan tahap kesuburan dan kesihatan wanita..

Ingat tak bila kali terakhir anda buat pemeriksaan doktor? Setiap kali buat rawatan mesti doktor akan tanya soalan-soalan ni kan: 

"Bila kali terakhir anda kedatangan haid?"

"Period anda teratur?"

Haa.. Dan masa tu la kita tergaru-garu cuba ingat balik bila tarikh kitaran haid kita yang lepas.. Saya pun salah sorang yang macam ni juga.. hehe.. Selalu lupa bila last kena haid haritu.. Kadang bukan tak ingat, tapi kurang peka tentang kepentingan kitaran haid ni.. Yela, salah satu sebabnya kitaran haid kita memang sedia teratur setiap bulan.. Faktor lain pula sebab kita mungkin bukan dalam tempoh merancang kehamilan.. Berbeza dengan wanita lain yang memang merancang kehamilan atau memang kesihatan mereka diperlukan untuk peka dengan kitaran kesuburan ni..

Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang teratur?

Okay, jom kita buat revision tentang kitaran haid ni.. Bagi seseorang wanita, kitaran haid yang teratur adalah sekitar 21 hingga 35 hari.. Tapi ada sesetengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu sekitar 21 hari.. Ada pula yang kitaran haidnya lebih panjang iaitu 35 hari.. Semua ni bergantung kepada keadaan tubuh dan kesihatan seseorang wanita.. Namun, biasanya tubuh wanita akan mengalami kitaran haid di antara 28 hingga 30 hari.. Okay, sekarang anda dah faham kan?

Jadi, bila doktor tanya "Bila kali terakhir anda kedatangan haid?" - jawapan yang mana kita nak bagi?

Untuk soalan ini, hari pertama haid adalah hari yang keluarnya darah berwarna merah.. Bukan tompok warna coklat tau! Walaupun dari sudut agama, bila keluarnya tompok coklat tu bermaksud kita sudah masuk tempoh "keuzuran" yang merehatkan kita dari ibadat wajib, tapi dari aspek perubatan dan kiraan kitaran haid ia bermuda dari hari pertama kita mendapat darah haid berwarna merah.. Sebab tompok coklat tu hanyalah symptom haid..

Tempoh normal haid wanita adalah sekitar 4-7 hari.. Jadi, untuk kitaran haid, anda boleh berikan tarikh terakhir anda haid atau pun purata kitaran haid di antara 3-6 bulan dari tempoh yang terakhir..

Tapi macam mana nak keep track jackal haid ni?

Okay, yang ini anda boleh gunakan "menstrual cycle calendar" yang sangat mudah didapati di internet, atau anda boleh buat secara manual sahaja menggunakan kalendar biasa.. Macam mana saya buat? Saya agak "old school" dan saya memilih untuk tanda di kalendar.. Alhamdulillah sejak dari zaman remaja saya amalkan ni.. Mudah untuk saya tahu berapa hari untuk saya ganti puasa :)

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk anda ya..

Salam sayang,

Afzan Ismayatim

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN