Saturday, 14 November 2020

Anda yakin kulit anda dah dicuci bersih? Jom baca ni!

 



Assalamualaikum..

Setiap hari kita cuci muka kita kan.. Bukan setakat pagi dan malam je.. Malah mungkin hampir 5 kali.. yela, sebab setiap kali nak berwuduk pun kita pasti akan cuci muka kan.. Tapi, pernah tak anda terfikir sama ada muka kita betul betul bersih tiap tiap kali kita cuci muka? Haa especially kalau muka kita ada bekas make-up dan foundation kan.. Kadang tu kita rasa macam dah cuci bersih kan.. Tapi bila kita lap dengan wipe tissue atau kapas muka, tiba-tiba eh kenapa ada kesan minyak dan foundation lagi? Haa pastu mula la hati kita ragu ragu dengan wuduk kita tadi kan..

Tapi kan, jangan risau tau.. Sebab sekarang ni MaryKay ada skinvigorate sonic, iaitu berus istimewa untuk membersihkan kuih muka kita dengan kuasa pembersihan 4x lebih baik dari pembersihan muka menggunakan tangan.. Sebab berus skinvigorate sonic ni boleh menembusi bahagian bahagian kulit yang tangan kita tak mampu nak tembus.. Wah, hebat kan teknologi skinvigorate sonic ni.. Tak susah pun nak guna, hanya 15 saat je kita kulit kita dah bersih tau.. Jom, saya kenalkan anda dengan berus yang sangat best dan istimewa ni..




Okay, skinvigorate sonic ni ada 2 function tau, iaitu untuk bersihkan kulit dan juga untuk massage kulit.. Saya suka sangat dengan skinvoigorate sonic ni.. Dua-dua function ni memang best sangat.. Pakai skinvogorate sonic ni ibarat terapi dan "me time" untuk diri saya sendiri.. hehe.. Mula-mula saya akan pakai facial brush head tu untuk cuci muka.. Lepas tu saya akan start routine skincare saya macam biasa.. last sekali lepas moisturiser tu saya akan pakai facial massage tu untuk lancarkan peredaran darah dan aliran oksigen ke seluruh muka.. Haa, basically inilah routine skincare saya setiap hari..

Muka pun kena massage? Eh, mesti la.. bukan badan dan kaki je yang kena dibelai manja tau.. Muka kita ni la paling lebih lagi kita kena manjakan tau.. Perasan tak dulu bila kita pergi spa buat facial, in between facial tu therapist akan urut urut muka kita kan.. Dia akan sapu segala macam serum dan cream dan muka kita dengan urutan menaik.. Haa tu semua adalah massage la.. dan juga teknik pembersihan muka.. Dulu saya ingat facial treatment ni hanya boleh dibuat kat spa dan beauty centre je.. Tapi dengan MaryKay, dekat rumah pun kita boleh treat muka kita sendiri..

Oh, cakap pasal treatment muka ni kan saya teringat ada sekali dulu saya pergi buat treatment kat beauty centre.. Saya ingat lagi masa tu memang muka saya teruk dengan blackhead whitehead.. Dulu saya tak pandai pasal rawatan muka ni.. So saya ingat soalan pertama therapist tu tanya, "akak tak cuci muka pakai brush ke? ada banyak whitehead kat muka akak".. Wow masa tu agak pedas saya rasa tau.. Yela dah la kita datang nak buat treatment pastu dia mengata muka kita pula.. haha.. Tapi ada betulnya apa therapist tu cakap.. Memang saya tau saya ada banyak whitehead blackhead.. Buntu dah masa tu.. Sebab tiap tiap kali belek belek muka kat cermin mesti saya akan nampak whitehead yang degil degil tak mau keluar tu.. Pastu muka rasa kasar.. Nak pakai make-up pun tak berapa elok.. Haaa lepas tu mula la saya stress.. 

Tapi lepas diperkenalkan dengan skinvigorate sonic ni saya rasa happy sangat.. Sebab saya boleh cuci muka dengan senang hati.. Kulit saya jadi lebih halus tulus mulus.. Pakai make-up rasa smooth je.. Dan skinvigorate sonic ni buat saya jadi rajin untuk jaga muka dan rajin juga make-up setiap hari.. hihi.. Setiap hari mesti saya akan cari skinvoigorate sonic ni dulu.. Pastu mak saya pun sekarang dah pandai pakai skinvigorate ni juga.. hehe.. Nampak tak betapa bestnya skinvogorate sonic ni.. Anak beranak pun pakai tau..

Eh, tapi anda tau tak kenapa kita mesti ikut teknik urutan muka ni? Haa selain untuk lancarkan peredaran darah dan aliran oksigen, ia juga boleh elakkan kulit kita menggelebeh tau.. So muka kita akan nampak muda je selalu.. Nampak terletak.. So takde la kulit muka kita turun dan gelebeh kan.. Nanti next posting saya cerita lebih lanjut pasal ni ye.. Saya memang suka nak share benda yang best best macam ni.. Especially perkara pasal kecantikan.. hihi.. Saya suka untuk jadi cantik dan nak semuaaa wanita juga jadi cantik setiap hari.. 

So, untuk dapatkan kulit yang lebih bersih, cantik dan sihat pastikan anda gunakan skinvigorate sonic ni tau.. Untuk dua-dua sekali function - facial dan massage.. Kalau anda nak belajar lagi pasal skinvigorate sonic ni dan nak tau kenapa best sangat skinvoigorate sonic ni, anda boleh whatsapp saya okeh.. No ada saya sertakan disini.. Okay, sampai jumpa lagi di next posting ya..


Afzan Ismayatim

013-2692613

MaryKay Independent Beauty Consultant


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN