Sunday, 23 August 2020

Virus Covid-19 Hanya Akan Berakhir Dalam 2 Tahun?

 Assalamualaikum..



"Virus Covid-19 Hanya Akan Berakhir Dalam 2 Tahun?"

Semalam, akhbar New York Post melaporkan kenyataan daripada Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (World Health Organisation - WHO) bahawa virus Covid-19 dijangka hanya akan berakhir dalam masa 2 tahun apabila virus ini dengan kematian seramai 800,000 dibandingkan dengan kes virus "Spanish Flu" pada tahun 1918 yang meragut seramai 50 juta penduduk dunia. Namun, berbeza dengan virus "Spanish Flu", WHO yakin kecanggihan teknologi dan ilmu perubatan pada masakini mampu menghentikan rantaian Covid-19 ini dengan lebih cepat. 

Pada masa yang sama, Profesor Sir Mark Walport dari Kumpulan Penasihat Saintifik Untuk Kecemasan, UK (UK Scientific Advisory Group for Emergencies) turut memaklumkan akhbar BBC bahawa virus Covid-19 akan terus bersama manusia untuk selamanya seperti penyakit selesema biasa yang sentiasa memerlukan vaksin.. Alamak! Seram pulak baca statement Profesor ni kan.. Kalau selesema biasa tu kita boleh tolerate lagi kan bila bersesak-sesak kat luar.. Tapi kalau Covid-19 ni sahabat semua boleh bayangkan tak mcm mana keadaan kita semua nanti kalau betul hipotesis Profesor ni.. huhu.. Baca lanjut DISINI.

Dalam satu artikel lain tulisan The Star, para doktor di Filipina mengambil kes Jorge 'Jojy Azurin, seorang pesakit Covid-19 yang pulih dari virus ini selepas 18 hari menerima rawatan di hospital tempatan sebagai "learning point" dan kejayaan pegawai perubatan mencari penawar kepada virus ini. Tapi apa yang pakar perubatan Filipina buat sehingga pesakit Jorge 'Jojy Azurin ini berjaya pulih dari virus ini? Salah satunya adalah dengan memberi sokongan mental dan emosi kepada pesakit berkenaaan.. Memang tak dinafikan Covid-19 ni banyak bermain dengan emosi manusia.. Sebab pesakit tak dapat berjumpa dengan keluarga.. Tak dapat nak bercerita dan bertanya khabar ahli keluarga macam biasa, apatah lagi kalau pesakit tu hanya bergantung kepada mesin pernafasan untuk terus hidup.. Ok, kembali kepada pesakit ni, doktor di Filipina telah mengaturkan sesi zoom antara pesakit dengan ahli keluarganya.. Hasilnya, emosi beliau menjadi lebih baik sehingga berjaya pulih dari Covid-19 ini.. Hmm menarik kan.. Pertama kali saya baca pasal zoom meeting antara pesakit dan ahli keluarga macam ni.. Biasanya kita guna whatsapp video call je kan kalau nak tengok wajah ahli keluarga kita..

Cakap pasal "mental health" ni kan saya teringat tentang pengalaman saya kena "isolate" masa di Singapore dan 14 hari kuarantin di Malaysia pada bulan Jun lepas.. Masa kat Singapore, saya cuma dibenar nutuk duduk sorang je dalam bilik hostel.. Toilet pun sendiri tak bercampur dengan orang.. Alhamdulillah saya sangat selesa sebab saya mudah nak mandi, bersuci dan bersolat.. Tapi yela, sebab kita dah biasa hidup ada ramai orang dalam rumah kan.. So bila kena hidup "isolate" sorang2 dalam bilik hostel memang rasa sunyi dan tertekan.. Kadang rasa macam nak panjat dinding tau.. Rasa nak keluar ikut tingkap.. Betul, ini saya tak tipu.. Apatah lagi masa tu bulan puasa dan raya.. Haii lagi la stress kan.. Tapi apa boleh buat kan.. Hanya mampu bersabar dan berserah pada Allah yang maha mengatur.. Masa tu saya terpikir, mungkin inilah apa yang pesakit di hospital-hospital bahagia tu rasa.. Kadang kita lalu depan hospital tu kita dengar para pesakit menyanyi.. Kadang diorang menjerit.. Kadang diorang memberontak.. Perasaan yang sama Allah beri saya rasa haritu.. Allahu.. Insaf saya..

Sebab itulah kesihatan ni bukan perkara yang kita boleh ambil ringan.. Walaupun kita rasa diri kita ni sihat tanpa apa-apa penyakit, kita kena sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan.. Sebab kesihatan ni harganya tersangat la mahal tau.. Yes, sangat mahal.. Sekarang mungkin kita tak rasa sebab kita tak menderita apa-apa penyakit.. Tapi cuba sahabat semua tanya kepada pesakit Covid-19 ni? Pasti mereka akan nasihat sahabat untuk jaga kesihatan dan duduk kat rumah je, elak keluar ke tempat yang sesak kalau takde keperluan, jaga penjarakan sosial serta pakai mask dan hand sanitiser.. 

Sebenarnya isu Covid-19 ni bukan sekadar kita menjaga diri kita je.. Tapi kita juga kena bantu petugas kesihatan menangani virus ni.. Petugas kesihatan pun ada ahli keluarga macam kita.. Tapi ramai yang tak tau, petugas kesihatan pun ramai yang bertarung dengan nyawa hanya kerana nak selamatkan nyawa-nyawa yang lain.. Jadi, sentiasa ingat yang kita ada peranan masing-masing dalam masyarakat okey.. Kalau kita bantu sesama kita InshaAllah rantaian Covid-19 dapat dibendung dengan lebih cepat.. Kita semua nak dapat balik hidup kita macam dulu kan.. 

Jaga diri okey sahabat.. Kita masih belum menang dengan Covid-19 ni.. Jangan lupa pakai mask dan hand sanitiser.. Cheers! 😄


Salam sayang,

Afzan Ismayatim

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN