Sunday 18 September 2016

Takdir Penyebab Kesempitan Hidup?

  
HIDUP. Bercakap tentang hidup ni tak semua orang dilahirkan sempurna. Ada orang bernasib baik hidup penuh kesenangan dengan kebahagiaan dan harta melimpah ruah. Ada orang yang lain pula hidup penuh cabaran dan sentiasa dalam kesempitan. Beruntungnya orang yang diberi nikmat kesenangan hidupkan. Tapi adakah bermakna orang yang tak bernasib baik tu hidupnya malang?

Harini ramai orang yang salahkan takdir hidup sebagai penyebab kesempitan hidup mereka sekarang. Tapi tak ramai yang sedar, setiap perkara yang berlaku ni sebenarnya adalah “peluang”. Peluang yang macam mana? Peluang untuk memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik. Bayangkan kalau hidup anda cukup sempurna tanpa sebarang cabaran, dah pastilah kita takkan pandang ke bawah, betul tak? Kita takkan berusaha kuat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik. Dan paling penting kita takde “BIG WHY” yang menjadi penyebab kepada perubahan hidup kita. Tapi apa “BIG WHY” ni? Insyaallah nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang “BIG WHY” ni dan macam mana ia memberi kesan dalam hidup anda.

Hidup ni tak seindah dan semudah yang kita sangkakan. Tapi tak bermakna kita tak boleh mencapai setiap matlamat yang kita nak capai. Ada orang, matlamat hidupnya untuk mencapai kebebasan kewangan, yang mana mereka mampu memberi kesenangan kepada keluarga, ibu bapa dan diri sendiri. Ada orang, mereka hanya inginkan kebahagiaan dan kedamaian hidup. Ada pula orang yang lain, apa yang diimpikan adalah kesihatan yang baik. Percaya tak kalau saya kata semuanya bermula dengan kewangan yang stabil? Stabil maksud saya, duit sentiasa ada setiap kali anda memerlukannya. Orang kata, duit bukan segala-galanya. Betul, duit memang bukan segala-galanya. Tapi bukankah kalau kita ada duit tu kita akan dapat mencapai kebahagian yang kita impikan? Kita dapat sediakan rumah dan kenderaan yang selesa untuk ibu bapa dan keluarga. Kita dapat bawa mereka menunaikan haji dan umrah. Bila sakit, kita dapat bawa mereka ke hospital dan berjumpa dengan pakar yang terbaik di Malaysia (atau mungkin luar negara). Inilah yang kita namakan HIDUP.

Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsi dengan anda tentang konsep hidup ni. Saya banyak melihat kawan-kawan dan kenalan saya yang hidup penuh tekanan sehingga berlakunya perceraian, masalah anak-anak dan kerjaya. Terus terang, saya rasa sedih melihat semua kejadian ni. Insyaallah, dalam blog ini juga saya akan memberi sedikit panduan, motivasi dan nasihat untuk mereka yang memerlukan. Mungkin tak banyak yang saya boleh bantu, tapi sekurang-kurangnya mana yang baik dapat dijadikan panduan bersama.

Sehingga bertemu di entri akan datang..!

Gambar oleh www.simplereminders.com

Afzan Ismayatim



Read More

Wanita dan Makanan Ibarat Lagu dan Irama



Ibarat lagu dan irama, macam tu juga la wanita dah makanan. Memang tak boleh dipisahkan hehe. Sebut pasal makanan ni kan, ramai wanita terutamanya mereka yang bergelar ibu dan isteri, mencari sesuatu yang terbaik untuk keluarga. Sebab itulah harini ramai wanita, ibu dan isteri ni yang pergi ke kelas masakan untuk menambah ilmu-ilmu dan teknik masakan sedia ada. Ada juga yang berkongsi resepi dengan rakan-rakan lain di internet sehingga terjadinya resepi viral dan semua orang berlumba-lumba untuk mencuba resepi tu hehe. Saya pun salah seorang yang mencuba resepi tu juga. Ada yang sedap dan menjadi, ada juga resepi yang saya rasa payah nak buat dan akhirnya saya decide untuk beli saja di kedai hehe. Apa pun, saya support mereka yang gigih berusaha memasak untuk keluarga ni. Bukan senang tau nak beri komitmen pada keluarga, dan pada masa yang sama tetap fokus pada kerjaya.

Seperti orang lain, saya pun nak berkongsi juga beberapa resepi menarik yang pernah saya belajar dalam blog ini. Insyaallah tutorial bergambar pun saya akan sertakan dalam blog ini nati. Tapi fokus saya lebih kepada makanan melayu. Haa bukan apa, pada saya kuih-kuih melayu ni sangat sedap dan lazat. Bila saya ke luar negara, ramai masyarakat tempatan di sana yang mempromosikan kuih-kuih dan makanan mereka. Jadi, kenapa kita di Malaysia tak nak buat benda yang sama kan.

Bercakap pasal makanan ni juga, sebenarnya saya ada juga buat journal makanan untuk beberapa tempat makanan yang menarik. Contohnya, bila saya ke Langkawi bersama keluarga tahun lepas, saya ada berkunjung ke tempat-tempat makanan di tepi pantai macam cendol, laksa dan rojak. Aduhai memang sedap makanan Malaysia ni kan. Masa saya menulis ni pun saya dah boleh bayangkan kelazatan makanan-makanan ni hehehe. Insyaallah dalam blog ini juga saya akan share beberapa tempat menarik yang saya pernah berkunjung untuk maklumat bersama ya. Mana la tau kalau tiba-tiba anda berkunjung ke tempat tu nanti boleh la singgah kan.

Okey, saya berhenti di sini dulu ye.. Jangan lupa pada peminat makanan tu kena terus follow entri saya yang akan datang ye..


Sehingga bertemu lagi..!

Gambar oleh https://sites.psu.edu


Afzan Ismayatim
Read More

Baca Ni 5 Sebab Kenapa Anda Kena Pergi Melancong



Anda suka melancong? Saya pun suka melancong juga. Bagi sesetengah orang, melancong ibarat “impian menjadi kenyataan”. Sebagai contoh, impian menaiki kapal pelancongan mewah mengililingi lautan bersama keluarga tersayang. Ada orang lain pula, impian percutian mereka adalah melawat tempat-tempat terkenal di dunia seperti Kota London, Paris dan beberapa tempat lain lagi.

Saya? Hmm.. Tempat yang paling saya suka pergi mestilah laut. Saya memang suka pada laut dan mana-mana tempat yang ada kaitan dengan alam semulajadi seperti air terjun dan hutan belantara. Pada saya, bila kita stress, kita kena kembali pada alam semulajadi. Sebab disitu ada ketenangan dan kedamaian untuk hati yang bergelora. Melihat alam semulajadi juga dapat meningkatkan aura positif dalam diri. Bila kita lebih positif, kita akan sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik je kan. Sebab itulah orang yang nak pergi bercuti ni akan rasa satu semangat dan keseronokan dalam diri. Anda akan nampak orang yang tengah bercuti ni wajah berseri-seri je kan. Anda perasan tak?

Ada orang merancang percutian ni ikut jadual cuti dan status kewangan mereka. Ada juga yang suka melancong secara mengejut tanpa perancangan pun. Haa saya salah seorang dari kategori ni la hehe. Adakalanya, percutian tanpa dirancang ni sangat seronok sebab anda belajar tentang “survival” di tempat orang, terutamanya kalau melancong di luar negara. Saya pernah buat beberapa “kerja gila” ni. Lebih “gila” lagi sebab saya pergi sendirian secara “solo backpacker” hehe. Nanti saya akan cerita apa yang mendorong saya buat “kerja gila” ni, dan pengalaman-pengalaman manis yang saya dapat dengan anda semua ya.

Okey untuk edisi pertama blog saya ni, saya nak kongsi 5 sebab kenapa anda kena pergi melancong ni:

1.    Melawat Tempat-Tempat Baru

Sepanjang saya melancong, saya pernah menjejaki beberapa tempat-tempat baru dan salah satunya adalah tempat 7 keajaiban di dunia. Sebelum ni saya hanya belajar di buku je. Tapi Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menjejak kaki ke Taj Mahal di India. Insyaallah kalau ada rezeki, saya akan ke tempat-tempat yang lain pula.

Orang kata “tak kenal makanya tak cinta”. Pada saya, melawat tempat-tempat baru ni dapat membuka minda kita tentang sejarah perabadan dunia, dan belajar untuk menghargai setiap perkara yang ada di sekeliling kita. Kebanyakkan tempat-tempat yang kita pergi ni sesuatu yang kita tak jumpa di tempat kita. Jadi, anda cuba fikirkan betapa beruntungnya kalau kita dapat melihat tempat orang dan menghagai keunikan yang ada. Mana tau, ada sesuatu pengalaman yang kita dapat bawa balik ke Malaysia untuk diguna pakai kan.

2.    Mencari Pengalaman Baru

Kata orang siapa yang tak pergi melancong ibarat membaca buku mukasurat pertama je. Betul, saya setuju sangat. Macam saya contohnya, pernah dulu saya pergi ke Paris sendiri je. Saya tak guna travel agent sebab saya memang nak explore sendiri tempat orang. Berjalan pun pakai peta je. Tapi Alhamdulillah, saya berjaya explore Paris dengan jayanya. Saya bukan saja naik underground, tapi saya juga berjaya jalan kaki di sekitar Paris tu untuk melihat sendiri kota Paris (dan butik-butik handbag mewah juga hehe). Bila penat, saya naik bas “double decker” tu. Sampai cramp juga la kaki dan tangan sebab masa tu musim winter hehe. Tapi harini, bila ingat balik kenangan tu, saya jadi seronok dan rasa bangga sangat dengan diri sendiri. Nanti saya akan share cerita tentang ni nanti ya.

Anda pernah buat kerja gila macam ni? Jom share kat sini apa kerja gila pertama yang anda pernah buat.






3.    Belajar Budaya dan Bahasa Baru

Ohh ini perkara yang paling saya suka. Saya suka melihat budaya dan bahasa negara-negara asing. Pernah dulu saya cuba untuk belajar bahasa asing tapi tak berjaya. Tapi bila kita berada di negara orang, kita terpaksa belajar benda-benda tu untuk “survival”. Dan saya rasa pengalaman ini lebih menarik berbanding masa saya belajar “saja-saja” dulu. Bila dah belajar budaya dan bahasa asing ni, kita senang untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan dan ini sangat memudahkan perjalanan kita disana nanti.

Saya ada rakamkan beberapa gambar-gambar menarik masa saya di negara-negara tu. Insyaallah saya akan share juga nanti dengan anda ye.

4.    Makan Makanan Baru

Siapa yang tak suka makan? Saya memang suka makan. Jadi bila kita pergi melancong, kita akan berpeluang untuk merasa makanan tempatan – sesuatu yang kita tak dapat rasa di Malaysia. Dulu masa di Venezuela, saya pernah makan dessert yang dibuat dari beras. Rasanya manis seperti dadih yang kita buat di Malaysia ni. Tapi kesedapannya sampai harini pun saya masih terbayang-bayang hehe. Memang jauh la pula nak terbang ke sana semata-mata nak makan dessert ni kan. Tapi itulah pengalaman manis yang saya masih ingat sampai sekarang.

Di Indonesia pun banyak pengalaman juga. Teringat masa mula-mula sampai sini dulu, saya teringin nak makan “es teler”. Rasanya seperti cendol dan ABC yang kita makan di Malaysia tu. Tapi kat sini ada sedikit campuran tapai. Tungguu. Nanti saya akan cerita pengalaman ni nanti pada anda ye.


5.    Mencari dan Mencabar Diri Sendiri

Saya memang seorang yang suka pada cabaran. Walaupun tidaklah sehebat cabaran yang kebanyakkan orang selalu buat, tapi ia cukup besar untuk menguji kemampuan diri saya sendiri.

Macam baru-baru ni, saya tiba-tiba rasa macam nak pergi bercuti di suatu tempat di Jakarta. Saya tak fikir panjang, saya terus pack barang, book hotel dan pergi je hehe. So, sementara nak tunggu waktu untuk check-in hotel, saya berjalan di sepanjang pantai sambil mengambil gambar. Tanpa sedar, dekat 10km juga saya berjalan kaki. Ini memang satu pencapaian untuk diri saya sendiri. Bukan takde kenderaan yang saya boleh ambil, tapi saya sengaja nak merasai pengalaman ni. Pada saya, pengalaman dapat mendewasakan minda dan corak pemikiran kita. Saya lebih menghargai setiap perjalanan yang saya hadapi. Ya, jalan hidup kita tak sama. Cara saya mungkin berbeza dengan cara kebanyakkan orang yang lain. Tapi, sekurang-kurangnya saya bangga sebab saya berjaya melalui hidup ini dengan lebih baik. Kalau rintangan yang kecil kita tak mampu nak hadapi, anda fikir adakah anda mampu untuk melalui cabaran lain yang lebih besar?


Okey, ini sedikit sebanyak apa yang saya nak kongsi dengan anda semua harini. Insyaallah, di entri yang lain saya akan cuba menambah kandungan blog ini supaya kita semua sama-sama dapat manfaatnya dan menikmati hidup ini dengan lebih baik.


Sehingga bertemu lagi..!

Gambar oleh http://incatrail.info


Afzan Ismayatim
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN