Thursday, 10 November 2016

Kurang Motivasikah Masyarakat Kita..?

Assalamualaikum..


Minggu ini saya agak sibuk sikit dengan pelbagai mesyuarat dan kerja-kerja pejabat.. Maklum je la kan bila nak dekat hujung tahun ni banyak urusan perlu diselesaikan sebelum semua orang bercuti panjang bulan Disember nanti.. Tapi dalam sibuk-sibuk tu saya sempat juga singgah ke kedai buku mencari bahan bacaan sampingan.. Ohh saya memang sangat suka dengan buku.. Rasanya koleksi buku-buku tu saya dah boleh buka mini library kot.. hehe.. Walaupun tak semua buku tu saya sempat habiskan baca, tapi saya rasa puas dan seronok sangat bila dapat membeli dan kumpul buku-buku ni.. Kebanyakkan buku ni saya beli sejak zaman belajar dan buku yang saya beli dari kedai-kedai buku kegemaran.. Ada juga buku yang saya beli dari airport luar negara semasa menghadiri mesyuarat dan kursus..

Oh ye, berbalik kepada cerita kedai buku tu.. Saya perasan dalam banyak-banyak seksyen buku, seksyen "self-Enrichment" la yang paling ramai sekali orang berkumpul.. Dalam hati, saya rasa seronok sebab semakin ramai masyarakat kita yang mula suka pada buku.. Tapi bila difikirkan balik, kenapa seksyen ni yang paling ramai orang ye.. Adakah sebab orang-orang kita tidak seronok dengan kehidupan mereka sekarang sehingga mendorong mereka mencari bahan bacaan yang dapat menyelesaikan masalah hidup mereka..? Atau mereka sekadar ingin meluaskan pengetahuan dan membaca buku-buku "self-help" ni..?




Bagi diri saya sendiri pula, saya sentiasa rasa ada yang kurang dalam diri.. Saya sentiasa ingin menambah ilmu pengetahuan.. Saya sentiasa ingin menjadi lebih baik dari diri saya yang semalam.. Kalau boleh saya nak sama hebat dengan penulis-penulis buku motivasi tu dan orang-orang lain yang pernah saya jumpa.. Bila saya pergi seminar atau mesyuarat, saya sentiasa rasa kagum dengan 'speaker' dan orang-orang yang hebat memberi pendapat tentang sesuatu isu sehingga buat saya rasa  mahu banyak membaca dan memperbaiki diri sendiri.. hehe..

Sebenarnya semua orang adalah orang yang hebat.. Kita masing-masing ada kekuatan dan kelebihan   pada diri sendiri.. Cuma yang membezakan kita dengan orang lain adalah sejauh mana kita nak bawa diri kita ni dalam kehidupan.. Kalau kita rajin mencari ilmu, makin cepatlah kita berjaya.. Dan sekiranya kita leka, maka kitalah golongan yang paling rugi dan akan tertinggal..

Sehingga berjumpa di entri akan datang..!


Afzan Ismayatim

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN