Tuesday 7 July 2020

Dia dan Kanser Serviks

Assalamualaikum..

Hai apa khabar..? Saya Alhamdulillah sihat.. Macam mana dengan sahabat semua..? Saya harap walau apa pun yang sahabat semua tengah lakukan, sentiasalah jaga diri dan utamakan kesihatan ye.. Terutama di musim COVID-19 ni..

Sebut pasal kesihatan ni sebenarnya ada cerita sedih dan tak berapa best yang saya nak kongsi dengan sahabat semua.. Baru-baru ni saya diberitakan tentang seorang sahabat yang menderita Kanser Serviks tahap 4.. Allahu.. Rasa macam nak gugur jantung ni.. Dada terasa macam ditekan batu yang sangat besar.. Ada air mata yang gugur di pipi.. 

Saya kenal sangat dengan sahabat ni.. Walaupun tak berapa rapat dengannya, tapi dia seorang yang sangat mesra bila didekati.. Suka tersenyum dan sangat rajin melayan sahabat-sahabat bercerita walaupun dengan orang yang baru dikenali.. Maka sebab tu bila mendengar berita tentang sakit yang beliau tanggung, saya rasa sedih dan kasihan.. Bukanlah saya tidak redha dengan ujian Allah kepadanya.. Tapi penyakit ni buat saya tersedar betapa hidup kita di dunia ini begitu singkat dan hanyalah pinjaman Allah semata-mata.. Tiadalah yang kekal abadi melainkan Allah swt jua.. 

Tapi sahabat saya ni bukanlah orang pertama di sekitar saya yang diuji dengan penyakit begini.. Malah, sebelum ni pun ada saudara mara saya termasuk arwah bapa saya sendiri dan sahabat-sahabat saya yang lain diuji dengan penyakit kronik.. Ada yang masih dizinkan terus bernyawa dan beribadat kepada Allah.. Dan ada pula yang Allah terlalu sayangkan mereka dan lantas memanggil mereka pulang kembali ke sisi-Nya..

Namun, berita penyakit dan kematian ni buat saya terfikir betapa pentingnya nikmat kesihatan yang selalunya kita abaikan.. Kita jarang sangat ambil berat pasal pemakanan sihat ni sehinggalah kita atau ahli terdekat kita ditimpa musibah dan kematian.. Masa tulah baru kita tersedar untuk tukar tabiat pemakanan dan gaya hidup kita.. Kalau kita tersedar tu masa tubuh kita masih sihat, syukur Alhamdulillah.. Tapi kalau masa tu kita dah tak mampu nak bangun seperti biasa, ada insurance bernilai ratusan ribu pun takkan mampu mengembalikan nikmat sihat seperti mana yang kita ada sekarang..

Saya dulu pun macam tu.. Bila sibuk kerja kat pejabat, makan pun dah tak berapa nak teratur.. So yang paling senang makan fast food la kan.. Sebab itu yang cepat dan mudah, walaupun sedar makanan tu kurang baik untuk kesihatan.. Terutama untuk kerja saya yang kena banyak berfikir dan pakai tenaga.. Saya ingat lagi masa tu saya kerap stress dan cepat marah.. Dah la kerja banyak kan pastu hasil kerja saya pula tiada yang hargai.. Malah saya selalu ditegur sebab hasil kerja tak memuaskan.. Haa sahabat mesti faham kan macam mana rasanya bila kita berhempas pulas buat kerja sampai balik lewat malam, tapi kesudahannya orang komplen dengan hasil kerja kita kan.. Rasa tekanan dan hilang motivasi bekerja.. huhu

Tapi saya ni suka perhatikan perkara sekeliling dan juga google macam2 jenis penyakit kat internet.. hehe.. So biasanya bila saya baca kat google, saya pasti akan bandingkan dengan bahan2 ilmiah kat buku kesihatan.. Mengikut ilmu yang saya baca, sebenarnya penyakit ni kita sendirilah yang kawal.. Sebagai contoh, kita makan makanan yang sihat dan jaga emosi/ fikiran kita.. Sebab kebanyakkan penyakit yang berlaku tu sebenarnya berpunca dari emosi kita.. So kalau kita asyik stress, depress dan hilang kawalan emosi, kita akan lebih mudah diserang penyakit.. 

Sejak dari tu, saya terus ubah gaya hidup.. Banyakkan bersenam, minum air putih dan berfikiran positif.. Saya juga terus mulakan makan multivitamin dan supplement yang rasa rasa baik untuk kesihatan saya.. Alhamdulillah saya rasa lebih sihat, tenang, bahagia dan gembira..

InshaAllah di posting akan datang saya akan share lagi tentang kesihatan dan beberapa penyakit yang wanita perlu cegah dari awal.. 


Salam sayang,

Afzan Ismayatim
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN