Sunday 15 November 2020

Kebaikan Skrub Muka. Jom Baca Ni!



Assalamualaikum.. 

Seperti mana facial mask, skrub juga antara steps yang anda harus masukkan dalam skincare routine.. Hanya 2x seminggu je anda perlu lakukan skrub ni untuk dapatkan kulit yang bersih, licin dan tulus mulus.. Skrub ni bukan saja untuk anda yang ada masalah kulit kusam dan berjeragat tau.. Malah mereka yang berkulit normal pun sangat sangat digalakkan untuk berskrub..

Tapi apa kebaikan berskrub ni?

Okey, skrub ni sangat bagus untuk mengeluarkan sel sel kulit mati yang kita tak dapat nak singkirkan melalui cucian biasa atau facial mask.. Kadang kadang kan kita rasa macam kulit kita kasar kan.. Pastu ada whitehead blackhead kan.. Haa inilah fungsinya skrub ni.. Untuk menyingkirkan sel sel kulit mati dan mengeluarkan sebum dari lapisan kulit kita.. Hasilnya, nutrien dan vitamin yang kita dapat dari set skincare yang kita pakai tu dapat diserap dengan mudah tanpa halangan atau blockage.. Ada lagi.. Skrub ni juga baik untuk menghilangkan "dark spot" serta mengurangkan saiz pori pori dan garis kedutan pada muka.. Dengan kata lain, ia membantu melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit kita lebih bersih dan sihat..

Sebenarnya terlalu banyak skrub yang bagus dalam pasaran.. Macam macam brand yang anda boleh pilih ikut bajet dan kesesuaian kulit anda.. Tapi untuk diri saya sendiri, saya memilih skrub microdermabrasion dari MaryKay.. Yes, semuanya produk MaryKay je saya pakai.. Sebab produk MaryKay ni bagi saya bersifat natural dan sangat sesuai dengan kulit saya.. Saya selesa sangat dengan MaryKay.. Saya yakin anda pun pasti suka dan akan selesa dengan MaryKay ni lepas anda mencubanya.. Apa kata kalau anda belum lagi mencuba produk MaryKay ni, untuk sekali ini anda beri peluang pada kulit anda untuk dibelai, dimanja dan dirawat dengan produk MaryKay.. Tak cuba tak tau kan.. Tapi itu pun kalau anda benar benar kisahkan kulit anda dan tak sanggup kulit anda jadi lebih teruk lagi.. Sekali sekali invest untuk diri sendiri apa salahnya kan.. 

Kalau anda ada pertanyaan tentang produk MaryKay boleh whatsapp je saya ye.. InshaAllah saya cuba bantu :)


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Apa Maksud Jerawat pada Kulit Anda? Jom Baca Ni!


Assalamualaikum..

Pernah tak anda tertanya tanya kenapa muka banyak jerawat? Dah pakai macam macam produk pun jerawat ni tak nak kebah kebah jugak.. Haa berapa ramai yang pernah tanya soalan macam ni kat diri sendiri?

Anda tau tak, menurut John Tsagaris, pakar perubatan tradisional cina dari London, jerawat yang keluar kat muka kita ni ada kaitan dengan lifestyle, pemakanan dan tahap kesihatan kita! Alamak, sekali seram sejuk pulak rasa kan.. Okay, sekarang cuba anda cari cermin dan periksa condition muka anda.. Perhatikan kat mana ada jerawat, tanda tanda kehitaman atau apa apa juga tanda yang menunjukkan kulit anda tengah bermasalah.. Pastu ingat balik lifestye and tabiat pemakanan anda dalam 1-2 kebelakangan ni.. Cuba anda kaitan juga lifestyle dan pemanakanan anda ni dengan tahap kesihatan anda.. 

Okay, mulanya saya agak sceptical pasal petanda petanda ni.. Mana mungkin jerawat ni boleh detect penyakit organ-organ dalaman kita kan.. Tapi bila saya perhatikan balik orang terdekat saya dan saya periksa tanda tanda di muka mereka.. Eh, betul la.. Memang ada betulnya juga.. Kebetulan apa memang realiti tak dapat nak dipastikan dengan tepat.. Tapi kalau kita belajar sains, memang ada kaitan sebab kulit muka kita ni kan semuanya saraf kan.. So saraf ni memang saling berhubung dengan seluruh badan kita.. Tapiii.. Posting ni bukan untuk menakutkan anda tau.. Tapi sekadar untuk saling mengingatkan je.. Kalau betul anda ada penyakit, kan lebih baik untuk anda buat pemeriksaan lanjut kan.. Daripada kita tak tau atau tak sedar langsung, tiba tiba sedar bila ia dah sampai peringkat kronik kan itu lebih bahaya kan..

Sebab itulah saya selalu sebut dalam posting saya tentang betapa pentingnya kesihatan kulit muka kita ni.. Bukan sekadar cantik tau.. Tapi lebih kepada kesihatan.. Bukan ke memiliki kulit yang sihat tu pun satu  bentuk kebaikan kan.. Anugerah yang Allah berikan pada kita ni mestilah kita kena jaga dengan sebaiknya kan.. Bukan hanya biarkan begitu tanpa mencari penawar.. Tak gitu?

Okay, next apa nak buat?

Macam saya cakap tadi.. Perhatikan tanda tanda ini di kulit anda dan buatlah pemeriksaan lanjut sekiranya perlu okay.. Kesihatan anda pastilah anda yang lebih faham kan..

Semoga bermanfaat ya.. Oh ye, kalau ada yang berminat nak tau tips menjaga kesihatan kulit dengan produk MaryKay boleh roger saya ye.. InshaAllah saya bantu anda..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia
 

Read More

5 Cara Betul Pakai Facial Mask. Jom Baca Ni!

 



Assalamualaikum..

Macam mana nak pakai facial mask dengan betul? Haa.. Ingat lagi tak posting saya sebelum ni pasal kepentingan facial mask dalam skincare routine kita.. Untuk posting kali ni saya nak share dengan anda cara cara nak pakai facial mask ni kat muka kita.. Tips ni nampak mudah kan, tapi ia sangat sangat penting untuk anda patuh tau supaya nutrien and vitamin yang ada pada facial mask tu dapat diserap dengan optimum dalam kulit kita.. 

Steps ni semua anda boleh baca pada gambar atas tu kan.. Tapi saya nak highlight kat sini, anda kena pastikan kulit anda sentiasa bersih tau.. Anda kena pastikan anda buat dulu rutin skincare biasa, iaitu cuci muka dan toner tu.. Lepas tu baru mulakan dengan facial mask ni.. Tujuannya bukan saja nak pastikan muka kita bersih, tapi juga nak pastikan tiada debu atau kotoran yang block atau halang kulit kita untuk menerima nutrien dan vitamin yang ada pada facial mask ni.. 

Eh, anda tau tak.. Pada saat saya tulis ni kan, saya excited sangat nak pastikan anda betul betul dapat manfaat dari facial mask ni.. So, kalau anda izinkan, saya nak sangat cerita dengan anda tentang manfaat facial mask MaryKay ni.. Sebelum ni saya pakai deep cleansing charcoal mask ni.. Memang best sangat terasa dia sedut sedut kotoran kat muka saya ni.. hihi.. Tapi masih ada beberapa facial mask MaryKay yang saya belum cuba dan saya sangat excited untuk cuba semua ni nanti.. Yes, saya sangat teruja dengan kecantikan kulit ni.. Dan saya juga teruja nak tengok anda semua pun dapat kulit yang cantik dan sihat jugakk.. hihi..

Okay, kalau anda nak tau lebih lanjut lagi pasal facial mask MaruKay ni dan tips penggunaannya, anda boleh whatsapp saya ye.. Jumpa lagi di next posting..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Pori Pori Anda Besar? Anda Patut Cuba Ni!



Assalamualaikum..

Berapa ramai ada masalah macam ni? Bila tengok cermin je benda pertama yang kelihatan adalah liang poro pori yang besar? Auchh memang rasa nak bergaduh dengan cermin tu kan.. Pastu bila pakai foundation pun kelihatan sangat lubang pori pori tu.. Sangat tak best kan.. Kadang tu memang la boleh tutup dengan foundation kan.. Tapi cuba tanya balik hati anda sendiri, apa perasaan bila ada pori pori besar kat muka ni.. Kita tak nak la cantik sebab make-up kan.. Kita nak cantik sebab memang kulit kita cantik.. 

Bukan semua orang dilahirkan dengan kulit yang cantik kan.. Kadang kadang faktor genetik yang buat kulit kita kelihatan begitu.. Faktor yang lain mungkin sebab kita salah guna skincare, salah teknik penjagaan kulit, atau mungkin sebab terlalu banyak terdedah pada sinaran UV tapi kita tak ambil langkah penjagaan yang betul..

So macam mana nak mengatasi masalah pori pori yang besar kat kulit muka kita? Haa mudah je.. Anda boleh apply serum pore minimizer MaryKay ni pada kulit muka anda, especially kat tempat tempat yang pori pori anda kelihatan besar.. Tujuannya adalah untuk merapatkan semula pori pori ni supaya kelihatan normal.. Bukan untuk menyumbat pori pori tau.. Tapi ia lebih kepada vitamin yang membantu mengecilkan pori pori.. Ianya sangat efektif especially bila anda nak makeup dan pakai foundation.. Memang instantly boleh nampak pori pori anda mengecil dan makeup anda akan jadi lebih smooth.. Pemakaian yang konsisten inshaAllah dapat pulihkan masalah pori pori besar ni.. Lain kulit lain kesannya kan.. Tapi tak salah kan kalau anda izinkan kulit anda dirawat dengan Pore Minimizer MaryKay ni.. Saya dah cuba tau.. Alhamdulillah ia sangat berkesan pada kulit saya.. Walaupun tak makeup atau keluar rumah, saya masih apply Pore Minimizer ni tau.. Sebab saya sangat sayangkan kulit saya dan nak kulit saya sentiasa nampak cantik, berseri dan sihat.. 

Anda ada masalah poti pori yang sama macam ni? Dah cuba ke pore minimizer ni? Untuk tahu lebih lanjut anda boleh whatsapp je saya ye.. InshaAllah saya bantu anda ye..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Facial Mask Apa Nak Pakai? Apa Fungsi Facial Mask Ni?

 



Assalamualaikum..

Untuk posting kali ni kita nak sembang sembang pasal facial mask pulak.. hehe.. Berapa kerap anda pakai facial mask dalam seminggu? atau mungkin pada sebahagian wanita, soalan yang saya nak tanya adalah pernah tak anda apply facial mask ni dalam skincare routine anda? Ok, sebenarnya facial mask ni bukanlah satu perkara yang wajib dalam skincare routine kita.. Tapiii ia sangat sangat digalakkan kalau anda betul betul concern dengan kulit anda.. Especially kalau anda dalam proses untuk merawat kulit yang kusam, berjeragat, berjerawat dan pelbagai masalah kulit lagi kepada kulit yang lebih bersih bersinar dan sihat.. Haa bersinar saya tulis kat sini kan.. Yes, kalau anda betul betul serious nak dapat kulit yang cantik, berseri, bersinar, ton kulit yang sekata dan sihat, anda mesti masukkan facial mask ni dalam skincare routine anda.. dan kalau anda rajin boleh masukkan juga exfoliation dalam rutin anda.. Alaa bukan setiap hari pun tau.. Cuma seminggu 2x je untuk pakai dua dua ni..

Apa tujuan facial mask ni? Haa kalau anda nak tau, facial mask ni sangat bagus untuk bersihkan kulit dari lebihan minyak, kotoran, melembabkan kulit, membaiki struktur pori pori kita dan mengurangkan masalah kulit yang lain.. Sebenarnya semua facial mask ni tak sama tau.. Ia bergantung kepada jenis vitamin dan ingredients yang ada pada facial mask tu.. Contoh kalau goal kulit anda adalah untuk cerah berseri, anda boleh pilih mask yang khusus untuk mencerahkan kulit.. Macam tu juga la kalau anda nak melembabkan kulit atau anti ageing.. Semuanya bergantung pada jenis goal kulit anda dan vitamin yang ada pada mask itu sendiri.. Haa sekarang anda faham kan..

Macam mana facial mask ni berfungsi? Ok, facial mask ni umpama selimut yang membaluti kulit kita la.. Bila kita balut kulit kita dengan mask ni, kulit kita akan menyerap segala vitamin yang ada padanya dan mula bertindak balas membaik pulih kulit.. Begitulah secara ringkasnya.. Tak perlu lama lama pun pakai facial mask ni.. Cukup 20 minit je sambil enjoy "spa moment" kat rumah.. Lepas tu anda cuci dan teruskan dengan rutin skincare biasa.. Mudah kan.. 



Tapi facial mask apa nak kena pakai? Haa macam saya cakap tadi la.. Semuanya bergantung pada goal kulit anda.. Apa yang anda nak baiki pada kulit.. Kat pasaran banyak sebenarnya facial mask yang anda boleh pilih.. Tapi kalau anda tak pasti facial mask mana yang anda nak pilih, anda boleh serahkan tugas ni kat saya ye.. InshaAllah sebagai MaryKay Beauty Consultant saya boleh berikan nasihat yang baik untuk goal kulit anda.. Dan yang bestnya, Mary Kay ada macam macam facial mask yang bagus untuk pelbagai jenis kulit.. Anda boleh pilih sama ada nak pakai yang liquid punya atau pakai yang jenis sheet tu.. Dua dua pun boleh tau.. Tapi biasanya saya pakai Deep Cleansing Charcoal Mask MaryKay tu.. Memang terasa dia sedut sedut segala kotoran dalam pori pori saya tu.. hihi.. Best sangat.. Tapi kadang kadang saya suka juga yang jenis sheet tu.. Sambil baring baring buat treatment muka sambil saya enjoy 'spa moment' kat rumah.. Haaa syok kan.. Siapa kata duduk rumah musim PKPB ni takde benda nak buat.. Kita buat treatment muka laa.. haha..

Okay, kalau anda ada pertanyaan pasal apa apa mask MaryKay yang bagus untuk kulit anda, boleh roger je saya kat wasap okeh.. Jumpa lagi di next posting okay..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Eye Stress? Bawah Mata Lebam? Wajib Baca ni Kalau Anda Pernah Alaminya!

 


Assalamualaikum..

Berapa ramai kat sini yang ada masalah bawah mata lebam? atau istilah lain mata panda? Sebelum tu saya nak tanya apa lifestyle anda dalam 7 hari yang lepas.. Ada tido lambat? Anda berjaga lewat malam selesaikan kerja-kerja pejabat? Anda ada masalah dengan personal life? Work From Home (WFH) beri tekanan pada anda?

Haaa kita masing masing ada masalah kan.. Ada orang dengan mudah je selesaikan masalah tu.. Ada orang yang lain pula masalah tu beri tekanan hebat dalam hidup dia.. Tapi anda tau tak, walau apa pun masalah kita tapi bila kita stress, kesan stress tu boleh nampak kat muka kita tau.. Dan tempat pertama kesan stress ni kita boleh nampak kat mata.. Bayangkan kalau bawah mata kita asyik lebam lebam, mesti la orang perasan kan.. Orang memang boleh tau kita tengah stress.. Dan berseri ke tidak muka kita tu pun bergantung pada mata.. Sebab tu la ada pepatah orang dulu dulu sebut "dari mata turun ke hati" gituuu.. Lagi satu cuba anda perhatikan antara kita buat make-up mata dengan tak make-up mata.. Banyakkkk sangat beza tu kan.. Bila make-up mata tiba-tiba 360 degree muka kita berubah kan.. Memang berseri je pastu.. Cantik kilau kemilau.. Haa nampak tak betapa pentingnya peranan mata ni dalam kesihatan dan kecantikan.. 

So, walaupun menjaga kesihatan dan kecantikan mata ni nampak simple dan remeh berbanding organ muka kita yang lain, tapi anda tak boleh sesekali abaikan mata ni tau.. Dulu saya pun macam anda juga la.. Tak pernah ambil penting kat kesihatan mata ni.. Cream mata pun saya tak pernah invest sebab saya rasa remeh dan tak penting sangat.. Rasa macam rugi duit.. Lebih baik beli cream muka je or serum kan.. Tapi rupanya saya salah.. Ingat tak lagi sebelum ni saya ada cerita pasal kulit saya ada banyak breakouts dan ton kulit tak sekata kan.. Lepas saya pakai LumiVie kulit saya cerah berseri.. Alhamdulillah.. Tapi kan, sebab saya abaikan kesihatan mata ni, so mata saya memang nampak ketara sangat lebamnya.. huhu.. Then masa tu baru saya sedar rupanya lebam mata ni tak boleh ambil ringan.. Even saya make-up dan touch-up pakai concealer pun tetap nampak lebam tu tau.. So walaupun nampak macam sempurna make-up tu tapi sebenarnya mata saya nampak lebam.. So tak best la kan.. Alang alang nak jaga kesihatan kulit muka, kan lebih baik kita jaga semuanya.. So start dari tu saya terus amalkan penjagaan mata ni.. Salah satu produk yang saya amalkan adalah Hydogel Eyepatches Gel dari MaryKay ni.. MasyaAllah best sangat.. Memang sejukk bila kita letak kat mata.. Cuma 20 minit je cukup tau.. 

Tapii.. Haa ni saya nak bagitau anda ni.. Walaupun ia khusus untuk bawah mata kan, tapi boleh juga anda pakai kat dahi dan smile lines untuk kurangkan garis garis halus dan tanda tanda penuaan kat kulit kita.. So basically, function eyepatches ni untuk mengurangkan stress di bahagian mata dan melambatkan proses kulit matang.. Nama pun hydrogel kan.. So ia sangat membantu meningkatkan kelembapan dan mengurangkan hydration kulit kita di bahagian mata.. 

So, kalau anda ada masalah lebam di bawah mata, selalu letih letih mata atau stress, anda kena cepat cepat pakai hydrogel eyepatches dari MaryKay ni okay.. Anda cuba dulu dan rasakan nikmatnya memiliki mata yang cantik dan sihat.. 

Oh ye, kalau anda masih rasa perlukan info lanjut lagi pasal eyepatches ni jom whatsapp je saya okay.. Kita sembang sembang :)


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Aku, Pantai Kuta dan Memori Lama



Assalamualaikum..

Harini masa scroll newsfeed di Facebook, saya diingatkan oleh Facebook kepada kenangan saya solo backpacker di Bali pada tahun 2016.. Saya ingat lagi itu adalah perjalanan solo saya yang pertama di Indonesia selain dari Jakarta dan Bandung.. Sebelum ni saya pernah solo backpack juga ke Europe tapi kenangan di Bali ni sangat istimewa.. Kenapa istimewa? Sebab perjalanan ke Bali ni saya buat beberapa bulan sebelum saya pulang ke Malaysia.. Oh ye, sebelum ni saya bekerja di Jakarta, Indonesia selama 3 tahun.. Banyak sangat kenangan yang mematangkan dan mendewakan saya sepanjang di Jakarta.. Bukan saja. perjalanan mencari rezeki, tetapi juga perjalanan mencari diri sendiri, mencari Allah, mencari iman dan taqwa.. MasyaAllah tak mampu saya nak ucapkan perasaan tu.. Boleh menitis air mata.. hihi..

Saya ingat lagi beberapa bulan sebelum tu saya mengalami tekanan yang sangat hebat.. Yes, betul betul hebat sehingga ketabahan dan iman saya diuji.. Sehingga saya rasa tiada lagi titik damai dihati.. Hampir setiap malam saya berbicara kepada Dia yang maha mengatur hidup ini.. Saya menangis kepada Dia.. Dan kemudian saya mengaturkan langkah ke Bali untuk mencari semula erti hidup ini.. Saya mencari alam dan denai untuk mendalami erti hidup.. Alhamdulillah, saya temui ketenangan disitu.. 

Saya ingat lagi masa tu pagi pagi lagi saya dah ambil teksi dan terus ke airport.. Sejuk sangat pagi tu.. Pagi yang damai.. Airport pun takde orang.. Macam biasa, saya akan singgah di Starbucks hirup secawan coklat panas kegemaran sambil menulis beberapa cerita kenangan di diari merah kesayangan saya.. Diari merah - itulah sahabat saya setiap kali hidup saya diuji.. Dia lah sahabat yang sudi mendengar.. Dia lah juga sahabat yang merakam segala episod hidup saya.. 

Saya sampai di Bali tengahari.. Takde kenderaan yang jemput.. Tiada sahabat yang menunggu.. Hanya saya sendiri.. dan saya mengatur perlahan lahan mencari kereta sewa yang saya percaya selamat untuk membawa saya ke penginapan saya.. Dalam kereta sewa, supir bertanya "ibu datang sendiri?" Allah, masa tu tiba tiba Allah campak rasa takut dalam diri saya.. Macam mana kalau supir ni bukan orang yang baik.. Tapi lepas tu saya pujuk diri.. Eh, mana mungkin dia bukan orang yang baik sedangkan saya sedang bermusafir dan Allah hantar "penjaga" ini kepada saya.. Alhamdulillah, lepas hampir 1 jam saya selamat tiba di hotel penginapan..

Petang tu saya menyusur jalan di sekitar pantai kuta.. Ramai dengan manusia.. Tak pasti sama ada mereka sama seperti saya yang mencari ketenangan dan makna hidup.. atau mungkin mereka sekadar memenuhi episod dalam cerita saya.. Perasaan saya masa tu damai sedamainya air laut yang menepuk lembut pantai.. Saya melihat ada anak anak berlari lari di pantai.. Ada yang bermain jet ski di sebalik ombak.. Dan ada pula dengan novel di tangan membaca sambil menikmati panorama indah di waktu petang.. Begitulah hidup ni kan.. Kadang kita berada di atas seperti mana jet ski itu berdiri di atas ombak.. Ada masanya kita jatuh bila tenggelam dalam ombak.. Dan ada pula masa yang lain kita hidup lebih santai dan tenang sehingga mampu membaca novel disebalik ramainya penghuni pantai petang itu.. Tapi anda nak pilih life yang mana?

Memang life kita ni sememangnya dah diaturkan oleh Ya Baari, Yang Maha Mengatur.. Tapi kita sentiasa ada pilihan untuk pilih life yang macam mana yang kita inginkan.. Kalau betul jalan yang kita pilih maka betul la life kita.. Tapi kalau salah jalan yang kita pilih, maka pastilah life itu menuju ke tempat yang salah.. Jadi, life yang mana anda inginkan? Hanya anda sorang je ada jawapan..

Kadang apa yang kita inginkan belum lagi Allah makbulkan.. Bertahun tahun kita minta pun belum tentu Allah berikan.. Sebab kuasa memberi hanya ditangan-Nya.. Tapi seperti mana diceritakan dalam Al-Quran, Nabi yaakub tidak putus asa berdoa pada Allah supaya diberikan zuriat walaupun rambutnya telah beruban, begitulah juga kita tak boleh berputus asa dengan Allah walaupun tanda tandanya masih belum kelihatan.. Sebab kita tak tau doa kita yang manakah Allah akan makbulkan.. Jadi, anda kena terus kuat  okay..

Saat ini, saya begitu rindu pada kenangan dulu.. Kenangan yang mematang dan mendewasakan saya.. Kenangan yang menjadikan saya lebih kuat harini.. Kadang mungkin kita tak ingin ingat pada kenangan dulu.. Tapi kita harus terima kerana kenangan itulah kita menjadi wanita yang hebat pada hari ini..


Afzan Ismayatim

Menulis dari hati

Read More

Putus asa dengan masalah kulit kusam? Jom Baca ni!

 



Assalamualaikum..

Haiii.. Anda putus asa dengan masalah kulit kusam ke.. Mesti anda dah cuba macam macam produk tapi tak berkesan kan.. Alololo.. Jangan la macam tu.. Wanita tak boleh berputus asa okeh.. Wanita kena strong.. Wanita kena selalu kuat.. Wanita kena bangkit walau apa pun cabaran yang datang.. 

Dah cuba ke set LumiVie dari MaryKay? Mana tau LumiVie ni sesuai dengan kulit anda kan.. Tak cuba mana nak tau berkesan ke tak kan.. Dulu kulit saya teruk tau.. Pigmentation.. Bekas jerawat.. Kulit kusam.. Kulit stress takde energy.. dan macam macam lagi masalah kulit saya hadapi.. Bukan tak cuba cari penawar.. Macam macam produk saya dah cuba tau, macam kebanyakan anda juga la.. dan peringkat paling extreme saya pernah invest duit sebanyak banyaknya beli produk antarabangsa.. Cantik memang cantik.. Tapi kejap je.. Sebab mahal sangat saya tak mampu nak maintain.. huhu.. Lepas tu saya dah tak pakai apa apa dah.. Saya biar je kulit saya macam tu.. Kesian kulit saya kan.. Sanggup saya biar dia macam tu je.. huh..

Tapi sampai satu hari tu, saya berkenalan dengan MaryKay melalui officemate saya.. Dari situlah saya start pakai produk MaryKay dan belajar pasal kulit.. Dulu tak belajar pasal kulit sebab tu tak berapa kisah pasal kulit.. Tapi bila dah tau pasal kulit, saya makin sayang pada kulit saya.. Betul la orang kata tak kenal maka tak cinta.. Bila dah kenal, timbul rasa dan cinta tu.. Eh, macam pasangan bercinta pula kan.. hehe.. Tapi betul.. Sejak bercinta dengan LumiVie ni hari hari mesti nak cari.. Bangun pagi pagi dah cari.. Sebelum tido malam pun mencari juga hehe..

Tapi apa yang best dengan LumiVie ni? Kalau anda nak tau, LumiVie diperkaya dengan khasiat mutiara hitam dari Pulau Tahitian, iaitu pulau terbesar di French Polynesia, lautan Pasifik.. Anda mesti tau kan, untuk hasilkan mutiara yang cantik memerlukan himpitan tenaga bertahun-tahun di dasar laut.. Hanya lepas bertahun tahun barulah terhasilnya mutiara yang sebegitu cantik dari cengkerang biasa.. Sebab itulah mutiara hitam ni sangat istimewa dalam penghasilan LumiVie ni.. Tenaga dari mutiara hitam ni juga berupaya meningkatkan kecergasan kulit supaya kulit kita nampak lebih kuat bermaya dan tegang.. Anda perasan tak kulit wanita korea kan tegang cantik terletak je kan.. Haa macam tu juga la LumiVie ni.. Harapan MaryKay dalam penghasilan LumiVie ni adalah supaya semua wanita dapat memiliki kulit yang cantik berseri, cerah dan kuat cergas..



So, kalau anda ada masalah kulit kusam musam, gelap dan lesu tak bermaya.. Saya recommend anda pakai set LumiVie ni.. Sebab saya dah rasa sendiri betapa bestnya LumiVie ni dan saya nak anda juga merasai perasaan best best yang sama.. Sangat amazing tau bila kita kita dapat memiliki kulit yang cantik sihat ni.. Bukan cantik dan sihat pada mata kita je.. Tapi kulit yang sihat dan cantik ni juga dapat beri kita semangat dan life yang best best.. Kita akan rasa confident dengan diri sendiri.. Kita akan rasa bahagia dan gembira.. Tiada lagi rasa tertekan tiap tiap tengok cermin.. Bila kulit kita cantik pakai make-up apa pun, or pakai baju apa pun semua nampak cantik berseri.. 

Pada saya, anda kena izinkan LumiVie ni bantu anda selesaikan masalah kulit kusam tu.. Tapiii.. Macam mana bertahun tahun lamanya cengkerang biasa dan oyster dalam cengkerang tu dihimpit dengan tenaga untuk menghasilkan mutiara hitam yang super duper cantik berkilau ni, macam tu juga la anda perlu bersabar dengan proses untuk merawat  kulit.. Mutiara yang berkilau tu terhasil dari proses kesabaran, begitu jugalah anda.. Saya doakan berjaya dalam perjuangan kecantikan kulit anda..

Untuk dapatkan khidmat nasihat kulit dan kecantikan boleh hubungi saya ye.. Nanti kita sembang sembang lagi ye..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Nak Kulit Cerah, Glowing Cergas? Anda Patut Cuba LumiVie MaryKay Ni!

 



Assalamualaikum..

Dah pakai set LumiVie ni ke? Kalau anda ada masalah kulit kusam, kulit gelap tak berseri, ton kulit tak sekata disebabkan bekas jerawat atau pigmentation, dan juga masalah kulit stress atau penat, anda memang wajib pakai set LumiVie dari MaryKay ni tau.. Kenapa? Sebab set LumiVie ni mengandungi khasiat mutiara hitam dari Pulau Tahitian, iaitu pulau terbesar di French Polynesia, lautan Pasifik.. Haa bukan biasa biasa mutiara hitam tau.. Tapi mutiara hitam yang terbaik.. Dan mutiara hitam ni sangat diketahui mengandungi tenaga yang mampu menjadikan struktur kulit kita jadi lebih kuat dan cergas..

Wow.. Best kan.. Mungkin sebab itulah juga ramai wanita suka pakai mutiara ni.. Sebab aura mutiara tu lain macam kan.. Ia berikan kita satu tenaga, semangat dan rasa bahagia setiap kali kita pakai.. Sebab tu ada beza bila kita pakai mutiara dengan tak pakai mutiara.. Automatik nampak berseri bila kita pakai.. Haa begitulah hebatnya mutiara ni kan.. So, anda bayangkan kuasa mutiara tu sekarang ada dalam set LumiVie ni.. Wahh love sangat kan.. 

Okay, bercakap pasal set skincare LumiVie ni kan.. Untuk posting kali ni saya nak share dengan anda macam mana nak apply set ni supaya kulit kita jadi lebih cerah, glowing, berseri seri dan kuat..



First, anda picit sedikit cleanser LumiVie ni atas tapak tangan dan gosok dengan air sampai keluar cream dia.. Pastu ratakan ke seluruh wajah.. Sambil cuci tu bayangkan khasiat mutiara hitam ni meresap masuk dan menyedut keluar segala kotoran, debu, minyak dan macam macam lagi bendasing kat kulit kita.. Kemudian, cuci muka dengan bersih.. Lepas cuci cuba anda pegang kulit muka anda.. Rasa lembut kan..



Second, ambil kapas bersih dan ratakan sedikit essence water ni ke seluruh wajah.. Masa ni anda akan rasa betapa segarnya muka anda tau.. Rasa fresh.. Rasa best.. Rasa lembab.. Saya paling suka part essence water ni.. Rasa best sangat muka.. Rasa segar segar..



Third, anda titis atau pump 3 kali intensive serum LumiVie ni dan sapu rata rata ke seluruh wajah.. Pastikan seluruh wajah anda dapat khasiat serum ni tau.. Sambil sambil tu anda pejam mata dan enjoy "spa moment" kat rumah.. Bayangkan lagi khasiat dan tenaga dari mutiara hitam ni meresap masuk ke dalam epidermis kulit anda dan mula bertindak untuk menguatkan kulit.. Untuk dapat hasil dan kesan yang baik anda wajib amalkan serum ni 2x sehari tau.. Jangan skip walau apa pun.. Sebab serum ni ibarat vitamin atau baja untuk kulit kita.. Kalau kita tak letak vitamin dan baja mesti la kulit kita kurang kekuatannya kan.. So, jangan lupa okay.. Mesti nak kena serum muka kita..



Last sekali, moisturiser.. Haa ini pun step yang sangat sangat penting.. Serious, ini step yang anda tak boleh tinggal tau.. Sebab kulit kita perlukan kelembapan untuk jadi lebih sihat.. Dan kelembapan juga boleh elakkan jerawat tumbuh.. Anda tau tak macam mana jerawat ni boleh tumbuh kat kulit kita? Haaa jerawat ni sangat suka pada kulit yang berminyak tau.. Pastu minyak ni pula jadi banyak dan banyak dan banyak bila kulit kita kering kontang.. So disebabkan kulit memang kena sentiasa dalam keadaan lembab, so secara automatik ia akan keluarkan minyak untuk pastikan keadaannya sentiasa lembab.. So bila dah banyak minyak, maka jerawat pun mula tumbuh.. Haa kalau anda tak nak jerawat tumbuh, pastikan anda pakai moisturiser ni okeh.. Walau apa pun terjadi, kena pakai mosituriser.. Haa macam tu sekali saya nasihatkan anda pakai pelembab ni.. hehe.. Tapi serious, memang penting sangat moisturiser ni.. 

Caranya mudah je.. ambil sedikit moisturiser ni pastu macam biasa ratakan ke seluruh wajah.. Gunakan 2 jari anda untuk meratakan tau.. Pastu apply ikut urutan menaik dan keluar okeh.. Apa maksudnya? Haa maksudnya jangan buat bulatan atau pusaran macam kita buat selalu tu.. Tapi amalkan teknik yang betul untuk apply moisturiser..

Okay, semoga berjaya dengan usaha kecantikan wajah anda ye.. Pastikan anda konsisten untuk dapatkan hasil yang baik tau.. Nak dapatkan khidmat nasihat kulit anda boleh contact saya okeh..


Afzan Ismayatim

013-2692613

MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Cara betul pakai serum dan moisturiser ramai wanita tak tahu



Assalamualaikum.. 

Berapa ramai kat sini yang betul-betul patuh pada steps skincare routine dia macam dalam gambar ni? Haaa kalau anda buat, means anda memang hebat..!! Sebab saya pun baru je belajar pasal steps yang betul dalam 2 tahun ni.. haha.. Kesian kan.. Dah tua tua baru tahu, laa macam ni rupanya nak jaga skin.. hihi.. Tapi macam biasa, it's never too late to learn something beautiful kan.. kata kata ni la yang saya pegang beberapa tahun ni.. hehe..

Nak tau tak, dulu masa zaman remaja sampai la masuk ke alam dewasa ni saya sembrono je pakai skincare.. Tonyoh la sesuka hati cream tu kat muka.. Masa tu pikir, yang penting kita pakai cream.. Meresap juga ke kulit.. hihi.. Punya la takde ilmu masa tu kan.. Lepas tu bila kulit bertambah teruk saya salahkan produk tu tak berkesan.. Then mula la tukar produk.. Bila tukar produk lagi teruk jadinya kulit.. Sebab bercampur campur kan.. At the end, saya berhenti pakai apa apa skincare.. Yes, saya pernah dulu tinggalkan skincare beberapa bulan.. Lama kan.. Masa tu pakai sabun lux biasa je cuci muka.. Adoii.. Itulah sabun muka, itulah sabun badan.. Sebab masa tu memang tak peduli pun pasal muka hehe..

Tapi Alhamdulillah kesedaran tu timbul bila saya pertama kali masuk ke kelas skincare tahun 2018.. Masa tu saya diperkenalkan dengan produk produk MaryKay yang sesuai dengan kulit saya.. MasyaAllah best sangat.. Pastu baru la saya tau rupanya kita kena urut muka kita ikut urutan menaik.. Supaya peredaran darah dapat berlaku dengan baik dan oksigen dapat mengalir dengan baik.. Mesti anda pun ada yang macam saya kan.. Baru tau pasal teknik urutan wajah ni.. Oh ye, bukan tu je tau.. Malah, bila kita urut muka kita dengan urutan yang betul, kita boleh elakkan muka kita dari menggelebeh, kurangkan stress dan kurangkan tanda tanda penuaan.. Haa mesti la kita tak nak muka kita jadi lebih tua dari umur kita kan.. So, kalau tak nak, pastikan anda apply toner, serum dan moisturiser ikut urutan yang betul ye.. Mudah je.. Boleh ikut steps macam kat dalam gambar atas ni okeh.. 

Sebab dah ada ilmu, setiap hari saya apply teknik ni tiap tiap kali nak pakai skincare.. Lagi best bila dah ada bantuan skinvigorate sonic yang bantu saya cuci muka dengan lebih baik dan massage kulit.. Oh, pada yang tak kenal lagi skinvigorate sonic ni meh saya tunjukkan gambarnya macam kat bawah ni ye..


 
Haa best kan skinvigorate sonic ni.. Tengok pun nampak best.. Bila pakai memang lagi la best.. Ini adalah skinvigorate saya yang kedua.. Haa nampak tak betapa bestnya skinvigorate ni sampai tamak beli dua kan.. hihi.. Tapi memang best sangat la.. Serious! Anda pun patut ada skinvigorate ni dalam make-up puch masing-masing tau.. Senang sangat bila nak massage muka lepas apply skincare.. Lagi best bila kita kena travel pastu nak kena solat.. Skinvogorate sonic ni boleh bersihkan kulit kita 4x ganda dari cucian dengan tangan tau.. Sangat sangat best!

Okay, macam biasa, kalau anda nak belajar pasal skinvigorate sonic ni lagi atau nak tau lagi pasal teknik untuk apply serum dan moisturiser dengan betul boleh roger saya okeh.. Consultation free je la.. Tak kena bayo pun hehe.. Sebab saya nak semuaaa wanita setiap hari jadi lebih cantik, manis dan berketrampilan.. Gituu..

Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Saturday 14 November 2020

Anda yakin kulit anda dah dicuci bersih? Jom baca ni!

 



Assalamualaikum..

Setiap hari kita cuci muka kita kan.. Bukan setakat pagi dan malam je.. Malah mungkin hampir 5 kali.. yela, sebab setiap kali nak berwuduk pun kita pasti akan cuci muka kan.. Tapi, pernah tak anda terfikir sama ada muka kita betul betul bersih tiap tiap kali kita cuci muka? Haa especially kalau muka kita ada bekas make-up dan foundation kan.. Kadang tu kita rasa macam dah cuci bersih kan.. Tapi bila kita lap dengan wipe tissue atau kapas muka, tiba-tiba eh kenapa ada kesan minyak dan foundation lagi? Haa pastu mula la hati kita ragu ragu dengan wuduk kita tadi kan..

Tapi kan, jangan risau tau.. Sebab sekarang ni MaryKay ada skinvigorate sonic, iaitu berus istimewa untuk membersihkan kuih muka kita dengan kuasa pembersihan 4x lebih baik dari pembersihan muka menggunakan tangan.. Sebab berus skinvigorate sonic ni boleh menembusi bahagian bahagian kulit yang tangan kita tak mampu nak tembus.. Wah, hebat kan teknologi skinvigorate sonic ni.. Tak susah pun nak guna, hanya 15 saat je kita kulit kita dah bersih tau.. Jom, saya kenalkan anda dengan berus yang sangat best dan istimewa ni..




Okay, skinvigorate sonic ni ada 2 function tau, iaitu untuk bersihkan kulit dan juga untuk massage kulit.. Saya suka sangat dengan skinvoigorate sonic ni.. Dua-dua function ni memang best sangat.. Pakai skinvogorate sonic ni ibarat terapi dan "me time" untuk diri saya sendiri.. hehe.. Mula-mula saya akan pakai facial brush head tu untuk cuci muka.. Lepas tu saya akan start routine skincare saya macam biasa.. last sekali lepas moisturiser tu saya akan pakai facial massage tu untuk lancarkan peredaran darah dan aliran oksigen ke seluruh muka.. Haa, basically inilah routine skincare saya setiap hari..

Muka pun kena massage? Eh, mesti la.. bukan badan dan kaki je yang kena dibelai manja tau.. Muka kita ni la paling lebih lagi kita kena manjakan tau.. Perasan tak dulu bila kita pergi spa buat facial, in between facial tu therapist akan urut urut muka kita kan.. Dia akan sapu segala macam serum dan cream dan muka kita dengan urutan menaik.. Haa tu semua adalah massage la.. dan juga teknik pembersihan muka.. Dulu saya ingat facial treatment ni hanya boleh dibuat kat spa dan beauty centre je.. Tapi dengan MaryKay, dekat rumah pun kita boleh treat muka kita sendiri..

Oh, cakap pasal treatment muka ni kan saya teringat ada sekali dulu saya pergi buat treatment kat beauty centre.. Saya ingat lagi masa tu memang muka saya teruk dengan blackhead whitehead.. Dulu saya tak pandai pasal rawatan muka ni.. So saya ingat soalan pertama therapist tu tanya, "akak tak cuci muka pakai brush ke? ada banyak whitehead kat muka akak".. Wow masa tu agak pedas saya rasa tau.. Yela dah la kita datang nak buat treatment pastu dia mengata muka kita pula.. haha.. Tapi ada betulnya apa therapist tu cakap.. Memang saya tau saya ada banyak whitehead blackhead.. Buntu dah masa tu.. Sebab tiap tiap kali belek belek muka kat cermin mesti saya akan nampak whitehead yang degil degil tak mau keluar tu.. Pastu muka rasa kasar.. Nak pakai make-up pun tak berapa elok.. Haaa lepas tu mula la saya stress.. 

Tapi lepas diperkenalkan dengan skinvigorate sonic ni saya rasa happy sangat.. Sebab saya boleh cuci muka dengan senang hati.. Kulit saya jadi lebih halus tulus mulus.. Pakai make-up rasa smooth je.. Dan skinvigorate sonic ni buat saya jadi rajin untuk jaga muka dan rajin juga make-up setiap hari.. hihi.. Setiap hari mesti saya akan cari skinvoigorate sonic ni dulu.. Pastu mak saya pun sekarang dah pandai pakai skinvigorate ni juga.. hehe.. Nampak tak betapa bestnya skinvogorate sonic ni.. Anak beranak pun pakai tau..

Eh, tapi anda tau tak kenapa kita mesti ikut teknik urutan muka ni? Haa selain untuk lancarkan peredaran darah dan aliran oksigen, ia juga boleh elakkan kulit kita menggelebeh tau.. So muka kita akan nampak muda je selalu.. Nampak terletak.. So takde la kulit muka kita turun dan gelebeh kan.. Nanti next posting saya cerita lebih lanjut pasal ni ye.. Saya memang suka nak share benda yang best best macam ni.. Especially perkara pasal kecantikan.. hihi.. Saya suka untuk jadi cantik dan nak semuaaa wanita juga jadi cantik setiap hari.. 

So, untuk dapatkan kulit yang lebih bersih, cantik dan sihat pastikan anda gunakan skinvigorate sonic ni tau.. Untuk dua-dua sekali function - facial dan massage.. Kalau anda nak belajar lagi pasal skinvigorate sonic ni dan nak tau kenapa best sangat skinvoigorate sonic ni, anda boleh whatsapp saya okeh.. No ada saya sertakan disini.. Okay, sampai jumpa lagi di next posting ya..


Afzan Ismayatim

013-2692613

MaryKay Independent Beauty Consultant


Read More

Duduk rumah tak payah pakai skincare? Betul ke?

 


Assalamualaikum..

Betul ke kalau kita duduk rumah tak perlu pakai skincare? 
Betul ke kalau kita duduk kat rumah tak payah risau pasal muka dan skincare?

Saya banyak terima soalan-soalan macam ni.. Kata orang, bila ada kat rumah kenapa nak risau risau pasal muka.. Bukan ada orang tengok pun kan.. Betul ke? Haa, mesti la tak betul.. Sebab walaupun kita duduk rumah, kita tetap kena pentingkan penjagaan muka.. Tak kisah sama ada wanita ataupun lelaki, tua ataupun muda.. Penjagaan muka ni sama pentingnya kat semua orang tau.. Cuba anda perhatikan bila anda bangun pagi.. Muka anda mesti berminyak kan.. Lepas tu kadang kadang seharian kita duduk kat dapur memasak.. Itu pun akan contribute minyak dan kotoran pada muka kita.. Tambah pula bila kita masak, kita terdedah pada api dapur yang ada sinar UV.. Haa, sinar UV bukan pada matahari je tau.. Tapi sinar UV pun ada dalam rumah kita.. Inilah perkara yang kita selalu tak perasan..

Memang la bila kita kat rumah takde orang tengok, tapi bukan ke kita masih ada suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain.. Haa penting juga utuk kita sentiasa jaga penampilan kan.. Sebab kita tak nak hanya cantik masa kita keluar je kan, sedangkan cantik yang paling utama tu bila kita ada kat rumah di hadapan suami dan anak-anak.. Sedangkan dalam agama sendiri pun ada ditekankan untuk kita berhias di hadapan suami kan.. Ingat lagi tak.. hihi.. Oh ye, lagi satu, bukanlah niat utama kita cantik untuk orang tengok, tapi untuk kesihatan wajah kita.. Bila kita tengok cermin nampak muka kita bersih cantik rasa tenang je hati kan.. Tapi kalau muka kita berjerawat dan banyak breakouts, tengok cermin pun rasa stress kan..

Dulu masa muka saya teruk dengan jerawat, saya memang stress.. Bukan setakat stress dengan jerawat je.. Tapi stress sebab life saya pun carca marba masa tu.. huhu.. Urusan kerja dan personal life semua bergabung sekali, kesannya muka saya jadi teruk.. Yes, betul.. Kalau hidup kita carca marba memang boleh nampak kat muka tau.. So orang memang boleh nampak macam mana life kita.. Cuba anda perhatikan, ada ke orang yang happy dan bahagia bila muka dia berminyak dan berjerawat.. hehe.. Mungkin ada tapi tak ramai.. Tapi kebanyakkan orang yang bahagia dengan life dia mesti diiringi muka yang manis, cantik dan berseri..  Perasan tak.. Bila kita tengok dia pun rasa sejuk je hati.. hehe.. Cakap pasal pemanis muka ni, saya teringat ada seorang influencer ni saya jumpa dia masa bulan Disember 2019 lepas.. Pertama kali saya jumpa dia saya perhati je muka dia.. Dalam hati saya kata, MasyaAllah bersihnya dan manisnya muka dia.. Senyum dan sangat berseri.. Dari situ saya buat conclusion, kalau kita bahagia dan gembira dengan life kita memang boleh dilihat dari air muka kita.. Tapi kan, saya percaya muka dia manis bukan setakat life dia yang best best je.. Tapi juga sebab dia ambil berat pada penjagaan muka.. 

Haa nampak tak betapa pentingnya penjagaan muka ni.. Walaupun kat rumah, jangan sekali sekali kita abaikan penjagaan muka kita tau.. Penting sangat ni.. Biarlah kita rawat muka kita dari awal, dari kita biarkan kulit kita berlarutan teruknya.. Amalkan runtin penjagaan muka yang betul.. Setiap hari mesti kena cuci muka dengan pencuci yang betul, amalkan toner untuk segarkan kulit muka, serum untuk merawat struktur dalaman kuit dan paling penting, mosituriser untuk melembabkan kulit.. Lepas tu, seminggu 2x boleh amalkan exfoliation dan masking.. Mudah je kan.. Cuma kena ambil sedikit masa je untuk rajinkan diri jaga kulit kita.. 

Produk apa yang terbaik? Sebenarnya itu bergantung pada kos, keadaan kulit dan kegemaran kita.. Pada saya, menggunakan produk MaryKay adalah keputusan terbaik yang saya pernah buat.. Yes, sangat sangat terbaik.. Malah, saya jatuh cinta dengan produk MaryKay.. hehe.. Sebab itulah juga harini saya upgrade diri sendiri jadi salah seorang MaryKay Independent Beauty Consultant di Malaysia ni.. Sebab saya nak lebih ramai wanita yang dapat manfaat dari produk ni dan miliki kesihatan kulit yang lebih baik macam mana saya miliki harini.. Kalau anda nak tau lebih lanjut, boleh hubungi saya ye.. Oh ye, kat sini saya sertakan set LumiVie MaryKay yang saya gunakan kalau ada yang berminat nak tahu ye..



Sampai jumpa lagi di next posting ya :)

Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Thursday 12 November 2020

Kulit anda kusam musam gelap tak bercahaya? Anda wajib baca ni!

 






Assalamualaikum..

Musim COVID-19 dan PKPB ni ramai yang tak boleh keluar rumah sebab risau dengan jangkitan virus ni kan.. So, beramai ramai la kita duduk kat rumah.. hihi.. Tapi apa aktiviti yang anda semua buat kat rumah? Banyak yang saya dengar, ada yang spend quality time dengan family.. Ada yang bekerja dari rumah.. Dan ada juga yang dah tak tahu nak buat apa lagi kat rumah musim PKPB ni.. Hmm betul ke tak tau nak buat apa kat rumah?

Eh, anda tau tak.. Sebenarnya musim PKPB ni la anda patut luang masa untuk cantikkan kulit.. Baiki semula struktur kulit kita.. Mana mana kulit yang selalu nampak kusam musam gelap tak bercahaya tu, inilah masanya untuk anda repair balik kulit.. Dulu masa kita sibuk bersiap ke office kan kita selalu sibuk mengejar masa kan.. Kadang kadang tak sempat pun nak ikut routine skincare.. Banyak steps skincare yang kita skip kan.. Make-up pun ala kadar je.. So, bila kita ada banyak masa kat rumah macam ni, haaa inilah waktunya untuk kita baiki balik kulit kita.. Manjakan kulit kita..

Tapi macam mana?

Mudah je.. Tak payah pun pergi ke spa sebab kat rumah sendiri pun kita boleh manjakan diri.. Betul.. Dari rumah pun boleh buat spa sendiri tau,, Apa kata, kalau saya cadangkan anda pakai produk MaryKay untuk wujudkan "spa moment" kat rumah.. Tapi sebelum tu, anda kena la belajar dulu cara untuk kenal kulit sendiri.. Adakah kulit anda jenis normal, kering, berminyak ataupun jenis kombinasi kering dan berminyak..

Pada saya, produk MaryKay ni memang sangat amazing sebab dia ada banyak produk yang best best untuk cater keperluan semua jenis kulit.. Percaya tak, seawal umur remaja pun dah boleh mula treat kulit tau.. Pastu, setiap jenis kulit dan umur ada produk line dia sendiri.. Jarang kita jumpa brand yang ada macam macam produk untuk macam macam jenis kulit dan umur macam ni kan.. Tapi, yes.. Di Marykay memang ada.. Sebab tula saya rasa teruja sangat nak perkenalkan MaryKay ni dengan anda semua.. 

Tapi, untuk posting kali ni saya nak fokus pada kulit kusam dan tona tak sekata.. Sebab saya dulu pun ada masalah macam ni juga.. Teruk kulit saya dulu dengan bekas jerawat, kulit "dimakan" cahaya matahari dan kulit letih.. Serious! Memang teruk kulit saya dulu.. Sampaikan pakai make-up pun memang nampak kulit kusam tu.. Lepas tu dulu saya selalu penat dan letih.. Bukan sebab penat dan letih badan ni tau.. Tapi kulit muka yang letih.. Haa mesti anda jarang dengar ni kan.. Tapi ia memang berlaku.. Dulu, orang selalu tegur muka saya nampak penat.. Padahal badan saya tak penat pun.. Tapi saya biarkan je benda tu.. Tak ambil tahu langsung pun.. Sampai la saya berkenalan dengan MaryKay ni baru saya tau punca sebenar kulit penat tu.. Rupanya kulit saya takde kekuatan.. Energy kulit lemah.. Sebab tu kulit saya kusam musam dan letih je.. Pastu dulu tak pernah pakai sunblock pun.. Saya telah membiarkan kulit saya dipanah mentari sebegitu je.. huhu.. Kesian kulit saya kan..

Tapi Alhamdulillah, MaryKay banyak mengajar saya untuk jaga kulit dengan lebih baik.. Eh, bukan semata-mata produknya yang bagus tau.. Tapi sebab MaryKay ni banyak mengajar saya teknik menjaga kulit.. Bukan setakat cuci muka dan pakai moisturiser je tau.. Tapi rupanya nak apply cream pun ada tekniknya.. Patut la masalah kulit saya bertahun tahun tak selesai.. kikiki.. Tapi takpe, it's never to late kan.. hihi.. Kan setiap hari adalah hari baru untuk kita kan.. Sentiasa ada harapan bila takde harapan.. hihi..



Okay, ini adalah set LumiVie dari MaryKay khas untuk kulit kusam musam, tak bercahaya, kulit yang gelap disebabkan terdedah sinar UV, ton kulit tak sekata, kulit dengan bekas jerawat, dan macam macam lagi masalah kulit.. So kalau anda memang ada masalah kulit macam ni pastu nak rawat kulit supaya makin pudar parut-parut jerawat atau tanda kehitaman kat muka tu, memang la sangat best untuk anda pakai set ni.. Sebab LumiVie ni akan buat kulit anda nampak makin cerah berseri.. Ingat tak tadi saya ada sebut pasal kulit tak bermaya nampak penat kan? Haa inilah fungsi black pearl dalam LumiVie ni.. Black pearl ni ada kekuatan tenaga yang sangat powerful untuk jadikan kulit kita lebih segar, cergas dan nampak bermaya.. So, takde la kulit kita lesu lesu kan.. Cuba tengok kulit wanita korea.. Cantik kan.. Brighten sangat pastu nampak tegang dan kuat.. Haa inilah fungsi black pearl tu.. Untuk beri kekuatan tambahan pada kulit kita..

Sekarang anda nampak kan macam mana LumiVie ni dapat bantu anda selesaikan masalah kulit kusam anda.. Nasihat saya, kalau anda ada masalah kulit macam ni jangan tunggu lama lama tau.. Better anda bertindak dan rawat kulit anda sekarang.. Jangan jadi macam saya, dah teruk baru nak cari penawar.. hihi..

Oh ye, kalau anda nak belajar lagi pasal kulit, tips kecantikan dan produk MaryKay yang sesuai untu kulit anda boleh hubungi saya okey.. InshaAllah di posting akan datang saya cerita lebih banyak lagi tentang tips kecantikan dan kesihatan kulit ya.. Tunggu tau..


Afzan Ismayatim
MaryKay Independent Beauty Consultant
013-2692613

Read More

Sunday 18 October 2020

Jalan kita tak pernah sama..!




Assalamualaikum...

Setiap kali rasa "demotivate" atau "depress", saya akan duduk dan ingat balik apa kejayaan terbesar saya pernah capai.. Apa matlamat hidup ni.. Apa lagi yang saya belum contribute untuk life orang lain..

Kita memang takkan boleh banding life kita dengan orang lain.. Tak boleh.. Sebab itu memang dah ditulis dalam buku catatan kita sebelum kita diciptakan lagi.. Tapi apa yg kita boleh buat adalah menambah baik kualiti hidup kita sekarang.. Kadang kita tak sedar, 1 perkara baik yang kita buat mampu mengubah hidup orang lain.. Ini pun satu bentuk rezeki..

Harini terfikir nak share pasal journey kurus saya dulu.. Walaupun journey ni nampak mcm nak kurangkan berat (dan cantik) je.. Tapi sebenarnya ia beyond than that.. Inilah perjalanan yang saya belajar erti sabar.. belajar manisnya sakit dan kemudian bangkit.. belajar mahalnya nikmat sihat.. Sehingga at one point, saya rasa bahagia memiliki life yang saya inginkan.. Bahagia bila boleh beri inspirasi kepada lebih ramai orang.. Bahagia bila melihat orang lain bahagia asbab dari sedikit kejayaan kita..

Kemudian saya sedar, rupanya walaupun jalan kita ni tak sama tapi tujuan kita tetap sama.. Sebab itulah Allah ciptakan kita ni dari pelbagai keturunan.. Supaya kita saling melengkapi satu sama lain..

Harini bila life jadi semakin sibuk diburu macam2 deadlines dan assignments, saya termenung fikir kenapa saya ada di jalan ni sekarang.. Adakah masa yang tak sesuai atau saya yang tersalah pilih jalan.. Then, it goes back to point saya yang pertama - apa lagi yang saya belum contribute untuk life orang lain/ masyarakat.. yes, kita bekerja/ belajar ni bukan semata2 untuk kerjaya dan masa depan kita.. tapi sebenarnya untuk menyumbang kepada masyarakat.. inilah perkara yang buat saya bangkit balik..

Ini jalan saya.. Jalan anda lain pula.. Jalan kita memang tak sama.. tapi tujuan kita tetap sama - menjadi khalifah yang memberi manfaat kepada umat sejagat..

Afzan Ismayatim
Memang suka menulis

Read More

Neelofar X Cerita Cinta dan Iman




Assalamualaikum..

Keputusan Neelofar berniqab beberapa hari lepas mengejutkan ramai pihak.. Ada yg beri reaksi positif.. Ada pula yang sebaliknya.. Apa pun, kita masing-masing ada pegangan dan pandangan tersendiri.. Pada saya pula, saya melihat beliau bagaikan bidadari syurga yang indah.. Sangat tertib, manis dan mempunyai ilmu agama yang baik.. Model yang baik untuk wanita dan anak gadis yang ingin mula belajar mencintai agama ini..

Kenapa saya cakap macam tu?

Sebab saya mengikuti perkembangan beliau dalam cerita hijrahnya.. Malah, saya merasai dengan hati betapa manisnya perjalanan cinta dan iman beliau mencari maksud sebenar hidup ni.. Allahu, saya terpesona dengan akhlaknya.. Mencari cinta dan iman disaat diri berada di puncak kejayaan..

Cerita Neelofar ni mengingatkan saya pada perkongsian beliau dalam live FB Prof. Muhaya pada 13 Sept 2020 yang lepas.. Banyak yang beliau kongsi tentang amalan-amalan yang menjadi asbab beliau berjaya seperti harini.. Tapi perkara yang paling terkesan dihati ini bila beliau cerita pasal buku doa dan adab berdoa.. Beliau sendiri ada buku khas yang tulis semua doa dan impian hati.. dan semua doa tu dibaca ketika duduk bersendirian di waktu pagi yang sunyi sambil "berbicara" dengan Allah.. Sungguh, Allah tu maha melihat lagi maha mendengar.. berkat doa yang ditulis dan "berbicara" dengan Allah, hampir 99% doanya dimakbulkan..

Saat mendengar ini, iman saya pada agama ini makin bertambah.. Benarlah seperti mana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis." (Al-Qalam: ayat 1).. Kemudian Allah berfirman lagi "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kau dustakan" (Ar Rahman: 13).

Harini tak ramai yang menulis impian dan doa sendiri dalam buku seperti ini.. Tak ramai yang menulis doa dalam karangan yang cantik untuk dipersembah kepada Yang Maha Memberi Rezeki.. Kita selalu nak Allah makbulkan doa kita tapi kita tak jaga adab berdoa.. Mungkin sebab itu jugalah doa kita belum dimakbulkan.. Tapi jangan la putus asa.. Sebab Allah kan sayang pada hambaNya yang sentiasa ingin perbaiki diri
😊

Terima kasih Neelofar.. Saya belajar ilmu baru dari anda.. Saat ini, saya telah pun memiliki buku karangan doa khusus untuk "berbicara" dengan Allah.. Semoga terus istikomah, wahai bidadari syurga.. Perjalanan saya masih jauh.. Terlalu banyak perlu belajar.. Jalan kita memang tak sama, tapi kita menuju tujuan yang sama --> syurga Allah yang indah.. InshaAllah kita sedang membina istana yang indah berkilauan cahayanya di syurga nanti..

Semoga bermanfaat ❤


Afzan Ismayatim
Suka Menulis
Read More

Friday 11 September 2020

Ambil Tahu Kitaran Haid Anda




Assalamualaikum..

Baru-baru ni sahabat saya ada mengadu tentang masalah haid tak teratur yang beliau alami.. Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya dengar sahabat dan orang sekeliling saya mengalami masalah haid tak teratur ni.. Malah, pelanggan yang berurusan dengan saya pun ramai juga yang alami masalah ni.. Terutamanya mereka yang sedang ikhtiar hamil.. Itu pun mereka tahu lepas buat pemeriksaan doktor..

Disebabkan masalah haid tak teratur ni antara perkara utama yang merunsingkan jiwa wanita dan anak gadis harini, so saya ada buat sedikit research tentang penyakit ni untuk rujukan anda.. 

Kenapa isu haid tak teratur ni perkara penting yang semua wanita patut tahu? 

Haa.. Ni bukan isu untuk kira waktu subur bagi ikhtiar kehamilan je tau.. Malah, wanita bujang dan anak gadis pun wajib ambil tahu soal kesuburan dan kitaran haid mereka.. Salah satu sebabnya adalah haid merupakan proses ovulasi yang dialami oleh setiap wanita dan ia berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang wanita.. Kedua, wanita mempunyai hormon estrogen yang tiada pada lelaki, dan hormon ini juga berkait rapat dengan tahap kesuburan dan kesihatan wanita..

Ingat tak bila kali terakhir anda buat pemeriksaan doktor? Setiap kali buat rawatan mesti doktor akan tanya soalan-soalan ni kan: 

"Bila kali terakhir anda kedatangan haid?"

"Period anda teratur?"

Haa.. Dan masa tu la kita tergaru-garu cuba ingat balik bila tarikh kitaran haid kita yang lepas.. Saya pun salah sorang yang macam ni juga.. hehe.. Selalu lupa bila last kena haid haritu.. Kadang bukan tak ingat, tapi kurang peka tentang kepentingan kitaran haid ni.. Yela, salah satu sebabnya kitaran haid kita memang sedia teratur setiap bulan.. Faktor lain pula sebab kita mungkin bukan dalam tempoh merancang kehamilan.. Berbeza dengan wanita lain yang memang merancang kehamilan atau memang kesihatan mereka diperlukan untuk peka dengan kitaran kesuburan ni..

Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang teratur?

Okay, jom kita buat revision tentang kitaran haid ni.. Bagi seseorang wanita, kitaran haid yang teratur adalah sekitar 21 hingga 35 hari.. Tapi ada sesetengah wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek iaitu sekitar 21 hari.. Ada pula yang kitaran haidnya lebih panjang iaitu 35 hari.. Semua ni bergantung kepada keadaan tubuh dan kesihatan seseorang wanita.. Namun, biasanya tubuh wanita akan mengalami kitaran haid di antara 28 hingga 30 hari.. Okay, sekarang anda dah faham kan?

Jadi, bila doktor tanya "Bila kali terakhir anda kedatangan haid?" - jawapan yang mana kita nak bagi?

Untuk soalan ini, hari pertama haid adalah hari yang keluarnya darah berwarna merah.. Bukan tompok warna coklat tau! Walaupun dari sudut agama, bila keluarnya tompok coklat tu bermaksud kita sudah masuk tempoh "keuzuran" yang merehatkan kita dari ibadat wajib, tapi dari aspek perubatan dan kiraan kitaran haid ia bermuda dari hari pertama kita mendapat darah haid berwarna merah.. Sebab tompok coklat tu hanyalah symptom haid..

Tempoh normal haid wanita adalah sekitar 4-7 hari.. Jadi, untuk kitaran haid, anda boleh berikan tarikh terakhir anda haid atau pun purata kitaran haid di antara 3-6 bulan dari tempoh yang terakhir..

Tapi macam mana nak keep track jackal haid ni?

Okay, yang ini anda boleh gunakan "menstrual cycle calendar" yang sangat mudah didapati di internet, atau anda boleh buat secara manual sahaja menggunakan kalendar biasa.. Macam mana saya buat? Saya agak "old school" dan saya memilih untuk tanda di kalendar.. Alhamdulillah sejak dari zaman remaja saya amalkan ni.. Mudah untuk saya tahu berapa hari untuk saya ganti puasa :)

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk anda ya..

Salam sayang,

Afzan Ismayatim

Read More

Wednesday 26 August 2020

Awas! Anda Mungkin Mengalami Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD)?




Assalamualaikum..

Haiii apa khabar anda harini..? Saya doakan semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, bahagia dan dilindungi Allah swt.. Saya pun sihat Alhamdulillah.. Terima kasih pada Allah yang sentiasa mengasihi saya dan melimpahkan diri ini dengan rezeki dan nikmat yang sangat banyak.. MasyaAllah, kalau nak ukur memang takde satu pun bekas dalam dunia ni yang mampu saya tadah untuk terima rezeki Allah yang sangat banyak ni.. Terlalu banyak untuk dihitung.. Cuma saya je yang kurang bersyukur pada Allah..  Allahu, semoga Allah ampunkan saya..

Sebenarnya saya sekarang ni tengah buat satu research tentang "mental health" di kalangan wanita untuk projek Masters saya.. InshaAllah ada beberapa bulan lagi untuk saya habiskan Masters ni.. Anda doakan saya ye semoga dapat tamat dengan jayanya.. hehe.. So, semalam masa buat research di internet, saya terjumpa satu artikel dari website Stylist mengenai masalah kemurungan di kalangan wanita akibat dari Premenstrual Dysphotic Disorder (PMDD)

Anda tahu apa PMDD ni? 

Okay, PMDD ni sama seperti Premenstrual Syndrome (PMS) yang biasanya kita alami masa kedatangan haid.. Cuma keadaan wanita yang mengalami PMDD ni lebih serious berbanding PMS.. Kalau anda rasa PMS tu dah cukup buat anda menderita dengan kesakitan di bahagian abdomen hingga mengganggu emosi dan aktiviti harian anda, PMDD ni lebih teruk lagi tau.. Menurut artikel Women's Health, wanita yang mengalami PMDD ni menunjukkan simptom seperti kemarahan, kesedihan, ketakutan, penat dan panic yang melampau hingga berfikir untuk bunuh diri.. Mereka juga gagal mengawal diri, tak boleh tidur malam, tak berminat dengan aktiviti harian, tak suka menjalinkan perhubungan dan mood yang sering berubah.. Dari segi fizikal, mereka biasanya mengalami sakit kepala, sakit urat, perut buncit, kekejangan dan kesakitan di bahagian payudara..

Allahu, lepas baca artikel ni saya istighfar dan berfikir panjang.. Tak sangka rupanya ada wanita yang menderita senggugut ni sampai ke peringkat macam ni.. Asalnya cuma senggugut biasa je, tapi keadaan boleh jadi lebih serious sampai peringkat PMDD ni.. Dan pesakit PMDD ni memerlukan rawatan dan ubatan khas dari doktor.. Namun, punca sebenar PMDD ni masih tidak diketahui.. Ramai penyelidik dan pakar perubatan berpendapat perubahan hormon dan unsur serotonin dalam tubuh wanita semasa kitaran haid menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada PMDD ni.. Tapi kenapa ada wanita yang mengalami PMDD dan wanita lain pula tak mengalaminya? Okay, semua ni bergantung kepada sejauh mana tubuh seseorang wanita bertindak balas dengan hormon dan serotonin ni.. Kajian juga menunjukkan 5% wanita subur di peringkat umur peranakan (childbearing age) akan mengalami PMDD ni..

Menakutkan.. Tapi inilah realiti yang berlaku kepada wanita.. Rupanya masalah senggugut yang kita fikir cuma kitaran biasa setiap kali kedatangan haid bukanlah perkara yang boleh diambil mudah.. Boleh jadi ia adalah simptom PMDD atau penyakit lain berkaitan rahim seperti endometriosis atau kanser rahim.. Menurut Prof. Dr. Nur Azurah Abd Ghani, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital HUKM senggugut  dan endometriosis boleh menyebabkan wanita sukar hamil, dan salah satu kaedah rawatan adalah dengan membuang bahagian rahim wanita.. Harini ramai wanita berkahwin yang tak sedar mereka mengalami endometriosis sehinggalah mereka membuat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca mereka masih belum hamil.. Dan kebanyakan kes yang dikesan telah berada di peringkat yang teruk.. 

Saya doakan semoga anda yang membaca artikel ni dijauhkan dari penyakit ini.. Tapi seandainya anda adalah salah seorang dari pesakit ni, semoga kita sama-sama dapat berganding bahu beri kesedaran kepada ramai lagi wanita di luar sana tentang penyakit ini.. Saya juga berharap perkongsian saya dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.. Dan kalau anda tahu mana-mana wanita yang perlukan maklumat ni, saya harap anda juga dapat sebarkan supaya mereka juga sama-sama mendapat manfaat.. 

Oh ye, sebut pasal manfaat ni kan.. Saya nak share juga dengan anda satu produk yang pada pandangan saya amat baik untuk kesihatan rahim.. Secret Pueraria C+ namanya.. Saya tak pasti sama ada anda tahu atau tidak tentang produk ni.. Tapi Alhamdulillah produk ni sudah 7 tahun dalam pasaran Malaysia.. Apa yang menarik tentang produk ni adalah ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan tumbuhan seperti manjakani, pueraria mirifica dan maquiberry yang baik untuk membantu mengecutkan rahim dan meningkatkan kesuburan rahim wanita.. Syukur pada Allah, ramai pengguna yang mengambil minuman Secret Pueraria C+ ni berjaya hamil selepas 7 tahun menunggu.. Apa yang saya dapat rumuskan, kandungan buah-buahan dan tumbuhan dalam Secret Pueraria C+ ni telah membantu meningkatkan kesuburan wanita dan membantu proses kehamilan.. Ada juga yang mengalami masalah cyst dan fibroid berjaya sembuh asbab dari minum Secret Pueraria C+ ni.. Apa yang penting adalah yakin kuasa penyembuhan dan rezeki tu hanya daripada Allah.. Secret Pueraria C+ hanya alat yang membantu ikhtiar ni sahaja.. InshaAllah yang baik semuanya datang dari Allah kan..




Seandainya anda ingin mendapatkan Secret Pueraria  C+ ni atau nak tau lebih lanjut bagaimana minuman ni boleh membantu anda, boleh whatsapp saya di 013-2692613 atau follow FB Afzan Beauty Shoppe ya..

Semoga bermanfaat, InshaAllah

Salam sayang,

Afzan Ismayatim

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN