Wednesday, 26 August 2020

Awas! Anda Mungkin Mengalami Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD)?




Assalamualaikum..

Haiii apa khabar anda harini..? Saya doakan semoga anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, bahagia dan dilindungi Allah swt.. Saya pun sihat Alhamdulillah.. Terima kasih pada Allah yang sentiasa mengasihi saya dan melimpahkan diri ini dengan rezeki dan nikmat yang sangat banyak.. MasyaAllah, kalau nak ukur memang takde satu pun bekas dalam dunia ni yang mampu saya tadah untuk terima rezeki Allah yang sangat banyak ni.. Terlalu banyak untuk dihitung.. Cuma saya je yang kurang bersyukur pada Allah..  Allahu, semoga Allah ampunkan saya..

Sebenarnya saya sekarang ni tengah buat satu research tentang "mental health" di kalangan wanita untuk projek Masters saya.. InshaAllah ada beberapa bulan lagi untuk saya habiskan Masters ni.. Anda doakan saya ye semoga dapat tamat dengan jayanya.. hehe.. So, semalam masa buat research di internet, saya terjumpa satu artikel dari website Stylist mengenai masalah kemurungan di kalangan wanita akibat dari Premenstrual Dysphotic Disorder (PMDD)

Anda tahu apa PMDD ni? 

Okay, PMDD ni sama seperti Premenstrual Syndrome (PMS) yang biasanya kita alami masa kedatangan haid.. Cuma keadaan wanita yang mengalami PMDD ni lebih serious berbanding PMS.. Kalau anda rasa PMS tu dah cukup buat anda menderita dengan kesakitan di bahagian abdomen hingga mengganggu emosi dan aktiviti harian anda, PMDD ni lebih teruk lagi tau.. Menurut artikel Women's Health, wanita yang mengalami PMDD ni menunjukkan simptom seperti kemarahan, kesedihan, ketakutan, penat dan panic yang melampau hingga berfikir untuk bunuh diri.. Mereka juga gagal mengawal diri, tak boleh tidur malam, tak berminat dengan aktiviti harian, tak suka menjalinkan perhubungan dan mood yang sering berubah.. Dari segi fizikal, mereka biasanya mengalami sakit kepala, sakit urat, perut buncit, kekejangan dan kesakitan di bahagian payudara..

Allahu, lepas baca artikel ni saya istighfar dan berfikir panjang.. Tak sangka rupanya ada wanita yang menderita senggugut ni sampai ke peringkat macam ni.. Asalnya cuma senggugut biasa je, tapi keadaan boleh jadi lebih serious sampai peringkat PMDD ni.. Dan pesakit PMDD ni memerlukan rawatan dan ubatan khas dari doktor.. Namun, punca sebenar PMDD ni masih tidak diketahui.. Ramai penyelidik dan pakar perubatan berpendapat perubahan hormon dan unsur serotonin dalam tubuh wanita semasa kitaran haid menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada PMDD ni.. Tapi kenapa ada wanita yang mengalami PMDD dan wanita lain pula tak mengalaminya? Okay, semua ni bergantung kepada sejauh mana tubuh seseorang wanita bertindak balas dengan hormon dan serotonin ni.. Kajian juga menunjukkan 5% wanita subur di peringkat umur peranakan (childbearing age) akan mengalami PMDD ni..

Menakutkan.. Tapi inilah realiti yang berlaku kepada wanita.. Rupanya masalah senggugut yang kita fikir cuma kitaran biasa setiap kali kedatangan haid bukanlah perkara yang boleh diambil mudah.. Boleh jadi ia adalah simptom PMDD atau penyakit lain berkaitan rahim seperti endometriosis atau kanser rahim.. Menurut Prof. Dr. Nur Azurah Abd Ghani, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital HUKM senggugut  dan endometriosis boleh menyebabkan wanita sukar hamil, dan salah satu kaedah rawatan adalah dengan membuang bahagian rahim wanita.. Harini ramai wanita berkahwin yang tak sedar mereka mengalami endometriosis sehinggalah mereka membuat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca mereka masih belum hamil.. Dan kebanyakan kes yang dikesan telah berada di peringkat yang teruk.. 

Saya doakan semoga anda yang membaca artikel ni dijauhkan dari penyakit ini.. Tapi seandainya anda adalah salah seorang dari pesakit ni, semoga kita sama-sama dapat berganding bahu beri kesedaran kepada ramai lagi wanita di luar sana tentang penyakit ini.. Saya juga berharap perkongsian saya dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.. Dan kalau anda tahu mana-mana wanita yang perlukan maklumat ni, saya harap anda juga dapat sebarkan supaya mereka juga sama-sama mendapat manfaat.. 

Oh ye, sebut pasal manfaat ni kan.. Saya nak share juga dengan anda satu produk yang pada pandangan saya amat baik untuk kesihatan rahim.. Secret Pueraria C+ namanya.. Saya tak pasti sama ada anda tahu atau tidak tentang produk ni.. Tapi Alhamdulillah produk ni sudah 7 tahun dalam pasaran Malaysia.. Apa yang menarik tentang produk ni adalah ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan tumbuhan seperti manjakani, pueraria mirifica dan maquiberry yang baik untuk membantu mengecutkan rahim dan meningkatkan kesuburan rahim wanita.. Syukur pada Allah, ramai pengguna yang mengambil minuman Secret Pueraria C+ ni berjaya hamil selepas 7 tahun menunggu.. Apa yang saya dapat rumuskan, kandungan buah-buahan dan tumbuhan dalam Secret Pueraria C+ ni telah membantu meningkatkan kesuburan wanita dan membantu proses kehamilan.. Ada juga yang mengalami masalah cyst dan fibroid berjaya sembuh asbab dari minum Secret Pueraria C+ ni.. Apa yang penting adalah yakin kuasa penyembuhan dan rezeki tu hanya daripada Allah.. Secret Pueraria C+ hanya alat yang membantu ikhtiar ni sahaja.. InshaAllah yang baik semuanya datang dari Allah kan..




Seandainya anda ingin mendapatkan Secret Pueraria  C+ ni atau nak tau lebih lanjut bagaimana minuman ni boleh membantu anda, boleh whatsapp saya di 013-2692613 atau follow FB Afzan Beauty Shoppe ya..

Semoga bermanfaat, InshaAllah

Salam sayang,

Afzan Ismayatim

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN