Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kebangsaan atau hari kemerdekaan yang ke-63 tahun.. Kalau tahun-tahun sebelum ni kita melihat sambutan hari kebangsaan diraikan penuh istiadat dengan perarakan di Dataran Merdeka, namun tahun 2020 ini sambutan hari kebangsaan bakal dibuat dalam majlis yang sederhana ekoran dari penularan virus Covid-19 di seluruh dunia..
Saya ingat lagi masa kecik dulu arwah abah saya selalu bawa kami adik beradik ke dataran merdeka menonton sambutan hari kebangsaan.. Setiap kali ke dataran merdeka, perkara yang paling saya suka mestilah perarakan kereta kebal dan kereta berhias.. hehe.. Seronok sangat zaman kanak-kanak dulu.. Yela, dulu mana ada handphone dan games canggih macam sekarang kan.. Jadi hiburan zaman dulu cuma jalan-jalan macam ni la..
Oh ye, bercakap pasal kereta kebal ni kan.. Bukan hari kebangsaan je tau, tapi hari angkatan tentera darat pun saya sekeluarga mesti takkan lepaskan peluang pergi tengok persembahan macam ni.. Saya ingat lagi ada sekali tu hari angkatan tentera darat buat kat dataran Melaka (sekarang dataran Pahlawan) meriah dengan lampu laser dan helikopter.. Haii seronoknya zaman kanak-kanak dulu kan.. Terasa sekejap je masa tu berlalu..
Ok kembali pada sambutan hari kebangsaan atau hari merdeka ni, saya nak tanya la anda semua.. Apa agaknya ye erti merdeka pada anda? Kebebasan dari kewangan? Jiwa yang tenang? Kesihatan yang baik? Apakah nilai kemerdekaan tu pada anda?
Pada saya, Alhamdulillah tahun 2020 ni Allah telah kurniakan saya dengan macam-macam nikmat.. Kalau dulu saya rasa jiwa ni serabut, gelap dan hidup dalam kemurungan.. Tapi harini saya rasa sangat-sangat bahagia.. Saya ada kesihatan yang baik.. Keluarga yang penyayang.. Rakan-rakan perniagaan yang baik dan supportive.. MasyaAllah, tak dapat saya nak gambarkan.. Dulu saya tak macam ni tau.. Dulu saya selalu rasa mcm saya je yang paling malang dalam dunia ni, sedangkan orang lain Allah kurniakan dengan macam-macam nikmat.. Saya rasa tak bahagia.. Rasa macam apa yang saya lalui semuanya adalah hukuman Allah.. Tapi rupanya saya salah.. Rupanya Allah tu sangat sanyangkan saya.. Bila saya muhasabah diri, dan kembali pada Dia, saya merasai cinta Allah pada saya..
Dan Allah juga menjentik hati saya untuk menyumbang lebih banyak dalam masyarakat, terutamanya wanita.. Harini bila saya tengok ada rakan-rakan wanita saya yang hidup dalam kegelapan, tersangkut dengan masalah kewangan atau hilang keyakinan diri, saya rasa terpanggil untuk tarik mereka semula ke jalan yang betul.. Saya nak sangat melihat semua wanita menjadi wanita yang paling bahagia, gembira dan berjaya dunia dan akhirat..
Memang hidup ni macam air laut ada pasang surutnya.. Tapi ramai yang tak sedar, kitalah sebenarnya nakhoda yang memandu kapal di lautan tu.. Kalau kita tau kompas hidup kita, pasti kita jumpa jalan mana kita nak pandu kapal tu.. Tapi kalau kita tak kisah pasal kompas tu, pastilah kapal kita terumbang ambing tanpa tujuan.. Anda faham kan?
Okay bercakap pasal kewangan ni kan, kalau anda berminat nak mulakan perniagaan tapi tak tau kat mana nak mula, apa kata anda sertai saya sebagai salah seorang agent/ stokis Secret Pueraria C+, iaitu minuman tambahan untuk kesihatan rahim wanita.. Bukankah Allah dah janji 9/10 rezeki tu datangnya dari perniagaan.. Malah, Rasulullah saw dan isteri Baginda, Siti Khadijah juga ahli perniagaan.. Siapa tau, dengan perniagaan ni nanti anda akan temui erti kemerdekaan anda yang sebenarnya kan.. Bukan saja merdekakan kewangan anda sendiri.. Tapi anda dapat merdekakan kewangan orang lain juga.. Menjadi pembayar zakat terbanyak.. Menjadi wanita yang menambah nilai hidup orang lain.. Kan bahagia hidup ni bila kita dapat memberi rezeki yang lebih banyak kepada orang lain kan..
InshaAllah di posting akan datang saya cerita lebih banyak lagi tentang Secret Pueraria C+ ni ya.. Jumpa nanti tau..
Salam sayang,
Afzan Ismayatim
0 comments:
Post a Comment