Sunday, 18 September 2016

Takdir Penyebab Kesempitan Hidup?

  
HIDUP. Bercakap tentang hidup ni tak semua orang dilahirkan sempurna. Ada orang bernasib baik hidup penuh kesenangan dengan kebahagiaan dan harta melimpah ruah. Ada orang yang lain pula hidup penuh cabaran dan sentiasa dalam kesempitan. Beruntungnya orang yang diberi nikmat kesenangan hidupkan. Tapi adakah bermakna orang yang tak bernasib baik tu hidupnya malang?

Harini ramai orang yang salahkan takdir hidup sebagai penyebab kesempitan hidup mereka sekarang. Tapi tak ramai yang sedar, setiap perkara yang berlaku ni sebenarnya adalah “peluang”. Peluang yang macam mana? Peluang untuk memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik. Bayangkan kalau hidup anda cukup sempurna tanpa sebarang cabaran, dah pastilah kita takkan pandang ke bawah, betul tak? Kita takkan berusaha kuat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik. Dan paling penting kita takde “BIG WHY” yang menjadi penyebab kepada perubahan hidup kita. Tapi apa “BIG WHY” ni? Insyaallah nanti saya akan cerita lebih lanjut tentang “BIG WHY” ni dan macam mana ia memberi kesan dalam hidup anda.

Hidup ni tak seindah dan semudah yang kita sangkakan. Tapi tak bermakna kita tak boleh mencapai setiap matlamat yang kita nak capai. Ada orang, matlamat hidupnya untuk mencapai kebebasan kewangan, yang mana mereka mampu memberi kesenangan kepada keluarga, ibu bapa dan diri sendiri. Ada orang, mereka hanya inginkan kebahagiaan dan kedamaian hidup. Ada pula orang yang lain, apa yang diimpikan adalah kesihatan yang baik. Percaya tak kalau saya kata semuanya bermula dengan kewangan yang stabil? Stabil maksud saya, duit sentiasa ada setiap kali anda memerlukannya. Orang kata, duit bukan segala-galanya. Betul, duit memang bukan segala-galanya. Tapi bukankah kalau kita ada duit tu kita akan dapat mencapai kebahagian yang kita impikan? Kita dapat sediakan rumah dan kenderaan yang selesa untuk ibu bapa dan keluarga. Kita dapat bawa mereka menunaikan haji dan umrah. Bila sakit, kita dapat bawa mereka ke hospital dan berjumpa dengan pakar yang terbaik di Malaysia (atau mungkin luar negara). Inilah yang kita namakan HIDUP.

Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsi dengan anda tentang konsep hidup ni. Saya banyak melihat kawan-kawan dan kenalan saya yang hidup penuh tekanan sehingga berlakunya perceraian, masalah anak-anak dan kerjaya. Terus terang, saya rasa sedih melihat semua kejadian ni. Insyaallah, dalam blog ini juga saya akan memberi sedikit panduan, motivasi dan nasihat untuk mereka yang memerlukan. Mungkin tak banyak yang saya boleh bantu, tapi sekurang-kurangnya mana yang baik dapat dijadikan panduan bersama.

Sehingga bertemu di entri akan datang..!

Gambar oleh www.simplereminders.com

Afzan Ismayatim



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN