Monday, 2 August 2021

Kenduri Manggis


Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat syurga saya harini? Saya doakan semoga anda sentiasa sihat, tenang dan bahagia dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. 

MasyaAllah seronok rupanya bila kita saling mendoakan orang lain. Dulu saya tak macam ni tau. Dulu setiap doa saya hanyalah untuk diri saya sendiri. Macam-macam yang saya doa. Minta Allah beri kekayaan, pangkat, harta benda, kerjaya dan macam-macam lagi. Sampaikan saya lupa untuk doakan orang lain. huhu. Mungkin sebab itulah hati ni tak pernah rasa cukup. Sentiasa rasa kurang. Sentiasa rasa miskin. Namun, 2 tahun kebelakangan ni saya dah mula mendoakan orang lain. Ajaibnya saya rasa lebih tenang dan damai. Rasa kaya. Rasa cukup. Walaupun saya tahu masih ada banyak doa saya yang sedang Allah genggam, namun saya percaya doa saya kepada orang lain tu adalah satu cara untuk Allah makbulkan doa saya. 

Sebenarnya saya agak mengantuk malam ni. Sebab pagi tadi saya baru lepas cucuk dos ke-2 vaksin covid-19. Alhamdulillah selesai satu t/jawab saya untuk ummah - mewujudkan komuniti yang bebas penyakit COVID-19. Tapi, sebelum tido saya rasa macam nak kena tulis juga pengalaman saya semalam. hehe.

Ceritanya, saya teringin sangat nak makan manggis. Tapi masyaAllah, baiknya Allah tu kan, terus Allah kirim beberapa orang hamba-Nya untuk beri rezeki tu kat saya. Bukan seorang tau. Tapi Allah hantar beberapa orang untuk saya nikmati manggis tu. Dari hanya teringin nak makan, sekarang saya dah boleh buat kenduri manggis kat rumah. hehe. Lepas tu mula la kepada ni ligat fikir nak buat jus manggis. Tapi macam tak pernah dengar kan orang buat jus manggis. hehe.

Begitulah namanya rezeki kan. Bila Allah nak beri, tiada tangan yang mampu halang. Malah, Allah boleh beri kita sebanyak-banyak rezeki yang Allah kehendaki. Sampai kita sendiri tak mampu nak fikir macam mana Allah nak beri kat kita. Sahabat, saat saya menulis entri ni, saya rasa sangat sebak dan menitiskan air mata. Sebab saya selalu cakap Allah tak pandang saya, Allah tak pilih saya, Allah tak beri apa yang saya minta. Tapi rupanya Allah ada caranya sendiri untuk beri kita satu persatu yang kita minta. Boleh jadi juga apa yang kita minta tu bukan yang baik untuk kita. Namun, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita. Bukan Allah tak pernah beri, tapi diri kita sendirilah yang tak sedar apa yang sedang kita nikmati. 

Sahabat, kalau di saat ini ada doa kita yang masih belum Allah makbulkan, janganlah kita susah hati. Teruskan berdoa. Sebab kita tak tahu doa kita yang manakah Allah angkat untuk dimakbulkan. Saya yakin sahabat semua mesti pernah dengar kisah Nabi Zakariya yang tak putus asa berdoa supaya Allah kurniakan cahaya mata. Berpuuh tahun Nabi Zakariya berdoa dengan lembut kepada Allah sehingga akhirnya Allah kurniakan Nabi Yahya kepadanya. Indahnya kisah Nabi Zakariya ini Allah ceritakan dalam Surah Maryam. 

Jadi, janganlah kita berputus asa okay. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Akan tiba saatnya nanti bila Allah kurniakan satu persatu apa yang kita doa dan minta.

Semoga bermanfaat!

Afzan Ismayatim

Read More

Saturday, 31 July 2021

Memberi Dengan Cinta-Nya Ya Waduud




Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat? Saya doakan agar anda sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia dengan cinta-Nya Ya Waduud.

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. MasyaAllah tabarakAllah. Beberapa bulan ni banyak perkara yang berlaku. Banyak cerita manis yang saya lalui. Banyak ilmu baru yang saya belajar. Banyak kenalan baik yang saya temui. Alhamdulillah, selain tamat pengajian Masters di Singapura, Allah hadirkan juga cerita-cerita indah dan manis dalam hidup saya. Namun, satu perkara yang sangat terkesan di hati adalah  bila Allah hadiahkan sahabat dan circle yang MasyaAllah sangat indah penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Kami tidak saling mengenali, apatah lagi pernah berjumpa. Namun, getaran cinta Allah Ya Waduud dan Rasulullah saw hadir memenuhi ruang-ruang di hati-hati kami. Sejujurnya, saya tak mampu nak cerita macam mana indahnya perasaan ini sehingga saya rasa tiada satu bekas di dunia ini pun yang mampu saya tadah semua nikmat yang Allah dah beri pada saya. 

Tengahari tadi saya terima satu "bungkusan" indah dari seorang sahabat yang nun jauh di Johor Bahru, namun sangat dekat di hati dan jiwa saya. Kandungannya terlalu istimewa sehingga saya mohon izin beliau untuk saya kongsi disini. Cinta-Nya Ya Waduud - inilah bungkusan yang saya terima harini. Bungkusan yang penuh dengan ingatan bahawa bila kita memberi dan membahagiakan insan lain, sebenarnya kita sedang membahagiakan jiwa kita sendiri. Sungguh, di saat saya melihat beberapa video dan gambar yang dikirim, saya tersenyum bahagia. Begitulah hebatnya kuasa sedekah. Bukan sekadar mereka yang menerima je rasa bahagia, malah kita yang melihat turut rasa bahagia. Allahu, kemudian saya teringat pada sepotong ayat: "Bila Allah sayang, Dia akan campakkan rasa cinta itu di hati-hati hamba yang disukai-Nya". Harini saya merasai sendiri betapa sedekah bukan sekadar berkongsi rezeki, malah juga dapat menyucikan hati dan jiwa nurani. Kalau saya yang jauh pun dah boleh rasa getaran bahagia tu, saya yakin mereka yang menerima pun pasti lebih bahagia lagi.

Lepas habis baca message tu, saya google tentang sedekah dan terjumpa sepotong hadis Riwayat Al-Tirmizi daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.

Saya doakan semoga Allah hadirkan kebaikan kepada kita semua dan jadikan kita golongan yang mencintai sedekah. Semoga berkat sedekah ini juga Allah menghapuskan dosa-dosa kita dan memadamkan panasnya api neraka. Aamiin. 

Terima kasih sahabat-sahabat positif, sahabat-sahabat Hujan Rezeki, dan sahabat-sahabat Save our Soul yang sentiasa memegang tangan saya untuk lebih dekat pada Allah. Semoga kita berjumpa di syurga Allah yang masyaAllah digambarkan penuh indah dengan istana yang cantik, perhiasan dan mahkota yang berkilauan, bidadari yang menawan, sungai yang mengalir dan makanan yang tidak pernah kita lihat di dunia ini. 

Semoga bermanfaat.

Afzan Ismayatim
Menulis dengan Cinta

Read More

Sunday, 15 November 2020

Kebaikan Skrub Muka. Jom Baca Ni!



Assalamualaikum.. 

Seperti mana facial mask, skrub juga antara steps yang anda harus masukkan dalam skincare routine.. Hanya 2x seminggu je anda perlu lakukan skrub ni untuk dapatkan kulit yang bersih, licin dan tulus mulus.. Skrub ni bukan saja untuk anda yang ada masalah kulit kusam dan berjeragat tau.. Malah mereka yang berkulit normal pun sangat sangat digalakkan untuk berskrub..

Tapi apa kebaikan berskrub ni?

Okey, skrub ni sangat bagus untuk mengeluarkan sel sel kulit mati yang kita tak dapat nak singkirkan melalui cucian biasa atau facial mask.. Kadang kadang kan kita rasa macam kulit kita kasar kan.. Pastu ada whitehead blackhead kan.. Haa inilah fungsinya skrub ni.. Untuk menyingkirkan sel sel kulit mati dan mengeluarkan sebum dari lapisan kulit kita.. Hasilnya, nutrien dan vitamin yang kita dapat dari set skincare yang kita pakai tu dapat diserap dengan mudah tanpa halangan atau blockage.. Ada lagi.. Skrub ni juga baik untuk menghilangkan "dark spot" serta mengurangkan saiz pori pori dan garis kedutan pada muka.. Dengan kata lain, ia membantu melambatkan proses penuaan dan menjadikan kulit kita lebih bersih dan sihat..

Sebenarnya terlalu banyak skrub yang bagus dalam pasaran.. Macam macam brand yang anda boleh pilih ikut bajet dan kesesuaian kulit anda.. Tapi untuk diri saya sendiri, saya memilih skrub microdermabrasion dari MaryKay.. Yes, semuanya produk MaryKay je saya pakai.. Sebab produk MaryKay ni bagi saya bersifat natural dan sangat sesuai dengan kulit saya.. Saya selesa sangat dengan MaryKay.. Saya yakin anda pun pasti suka dan akan selesa dengan MaryKay ni lepas anda mencubanya.. Apa kata kalau anda belum lagi mencuba produk MaryKay ni, untuk sekali ini anda beri peluang pada kulit anda untuk dibelai, dimanja dan dirawat dengan produk MaryKay.. Tak cuba tak tau kan.. Tapi itu pun kalau anda benar benar kisahkan kulit anda dan tak sanggup kulit anda jadi lebih teruk lagi.. Sekali sekali invest untuk diri sendiri apa salahnya kan.. 

Kalau anda ada pertanyaan tentang produk MaryKay boleh whatsapp je saya ye.. InshaAllah saya cuba bantu :)


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia

Read More

Apa Maksud Jerawat pada Kulit Anda? Jom Baca Ni!


Assalamualaikum..

Pernah tak anda tertanya tanya kenapa muka banyak jerawat? Dah pakai macam macam produk pun jerawat ni tak nak kebah kebah jugak.. Haa berapa ramai yang pernah tanya soalan macam ni kat diri sendiri?

Anda tau tak, menurut John Tsagaris, pakar perubatan tradisional cina dari London, jerawat yang keluar kat muka kita ni ada kaitan dengan lifestyle, pemakanan dan tahap kesihatan kita! Alamak, sekali seram sejuk pulak rasa kan.. Okay, sekarang cuba anda cari cermin dan periksa condition muka anda.. Perhatikan kat mana ada jerawat, tanda tanda kehitaman atau apa apa juga tanda yang menunjukkan kulit anda tengah bermasalah.. Pastu ingat balik lifestye and tabiat pemakanan anda dalam 1-2 kebelakangan ni.. Cuba anda kaitan juga lifestyle dan pemanakanan anda ni dengan tahap kesihatan anda.. 

Okay, mulanya saya agak sceptical pasal petanda petanda ni.. Mana mungkin jerawat ni boleh detect penyakit organ-organ dalaman kita kan.. Tapi bila saya perhatikan balik orang terdekat saya dan saya periksa tanda tanda di muka mereka.. Eh, betul la.. Memang ada betulnya juga.. Kebetulan apa memang realiti tak dapat nak dipastikan dengan tepat.. Tapi kalau kita belajar sains, memang ada kaitan sebab kulit muka kita ni kan semuanya saraf kan.. So saraf ni memang saling berhubung dengan seluruh badan kita.. Tapiii.. Posting ni bukan untuk menakutkan anda tau.. Tapi sekadar untuk saling mengingatkan je.. Kalau betul anda ada penyakit, kan lebih baik untuk anda buat pemeriksaan lanjut kan.. Daripada kita tak tau atau tak sedar langsung, tiba tiba sedar bila ia dah sampai peringkat kronik kan itu lebih bahaya kan..

Sebab itulah saya selalu sebut dalam posting saya tentang betapa pentingnya kesihatan kulit muka kita ni.. Bukan sekadar cantik tau.. Tapi lebih kepada kesihatan.. Bukan ke memiliki kulit yang sihat tu pun satu  bentuk kebaikan kan.. Anugerah yang Allah berikan pada kita ni mestilah kita kena jaga dengan sebaiknya kan.. Bukan hanya biarkan begitu tanpa mencari penawar.. Tak gitu?

Okay, next apa nak buat?

Macam saya cakap tadi.. Perhatikan tanda tanda ini di kulit anda dan buatlah pemeriksaan lanjut sekiranya perlu okay.. Kesihatan anda pastilah anda yang lebih faham kan..

Semoga bermanfaat ya.. Oh ye, kalau ada yang berminat nak tau tips menjaga kesihatan kulit dengan produk MaryKay boleh roger saya ye.. InshaAllah saya bantu anda..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Independent Beauty Consultant Malaysia
 

Read More

5 Cara Betul Pakai Facial Mask. Jom Baca Ni!

 



Assalamualaikum..

Macam mana nak pakai facial mask dengan betul? Haa.. Ingat lagi tak posting saya sebelum ni pasal kepentingan facial mask dalam skincare routine kita.. Untuk posting kali ni saya nak share dengan anda cara cara nak pakai facial mask ni kat muka kita.. Tips ni nampak mudah kan, tapi ia sangat sangat penting untuk anda patuh tau supaya nutrien and vitamin yang ada pada facial mask tu dapat diserap dengan optimum dalam kulit kita.. 

Steps ni semua anda boleh baca pada gambar atas tu kan.. Tapi saya nak highlight kat sini, anda kena pastikan kulit anda sentiasa bersih tau.. Anda kena pastikan anda buat dulu rutin skincare biasa, iaitu cuci muka dan toner tu.. Lepas tu baru mulakan dengan facial mask ni.. Tujuannya bukan saja nak pastikan muka kita bersih, tapi juga nak pastikan tiada debu atau kotoran yang block atau halang kulit kita untuk menerima nutrien dan vitamin yang ada pada facial mask ni.. 

Eh, anda tau tak.. Pada saat saya tulis ni kan, saya excited sangat nak pastikan anda betul betul dapat manfaat dari facial mask ni.. So, kalau anda izinkan, saya nak sangat cerita dengan anda tentang manfaat facial mask MaryKay ni.. Sebelum ni saya pakai deep cleansing charcoal mask ni.. Memang best sangat terasa dia sedut sedut kotoran kat muka saya ni.. hihi.. Tapi masih ada beberapa facial mask MaryKay yang saya belum cuba dan saya sangat excited untuk cuba semua ni nanti.. Yes, saya sangat teruja dengan kecantikan kulit ni.. Dan saya juga teruja nak tengok anda semua pun dapat kulit yang cantik dan sihat jugakk.. hihi..

Okay, kalau anda nak tau lebih lanjut lagi pasal facial mask MaruKay ni dan tips penggunaannya, anda boleh whatsapp saya ye.. Jumpa lagi di next posting..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Pori Pori Anda Besar? Anda Patut Cuba Ni!



Assalamualaikum..

Berapa ramai ada masalah macam ni? Bila tengok cermin je benda pertama yang kelihatan adalah liang poro pori yang besar? Auchh memang rasa nak bergaduh dengan cermin tu kan.. Pastu bila pakai foundation pun kelihatan sangat lubang pori pori tu.. Sangat tak best kan.. Kadang tu memang la boleh tutup dengan foundation kan.. Tapi cuba tanya balik hati anda sendiri, apa perasaan bila ada pori pori besar kat muka ni.. Kita tak nak la cantik sebab make-up kan.. Kita nak cantik sebab memang kulit kita cantik.. 

Bukan semua orang dilahirkan dengan kulit yang cantik kan.. Kadang kadang faktor genetik yang buat kulit kita kelihatan begitu.. Faktor yang lain mungkin sebab kita salah guna skincare, salah teknik penjagaan kulit, atau mungkin sebab terlalu banyak terdedah pada sinaran UV tapi kita tak ambil langkah penjagaan yang betul..

So macam mana nak mengatasi masalah pori pori yang besar kat kulit muka kita? Haa mudah je.. Anda boleh apply serum pore minimizer MaryKay ni pada kulit muka anda, especially kat tempat tempat yang pori pori anda kelihatan besar.. Tujuannya adalah untuk merapatkan semula pori pori ni supaya kelihatan normal.. Bukan untuk menyumbat pori pori tau.. Tapi ia lebih kepada vitamin yang membantu mengecilkan pori pori.. Ianya sangat efektif especially bila anda nak makeup dan pakai foundation.. Memang instantly boleh nampak pori pori anda mengecil dan makeup anda akan jadi lebih smooth.. Pemakaian yang konsisten inshaAllah dapat pulihkan masalah pori pori besar ni.. Lain kulit lain kesannya kan.. Tapi tak salah kan kalau anda izinkan kulit anda dirawat dengan Pore Minimizer MaryKay ni.. Saya dah cuba tau.. Alhamdulillah ia sangat berkesan pada kulit saya.. Walaupun tak makeup atau keluar rumah, saya masih apply Pore Minimizer ni tau.. Sebab saya sangat sayangkan kulit saya dan nak kulit saya sentiasa nampak cantik, berseri dan sihat.. 

Anda ada masalah poti pori yang sama macam ni? Dah cuba ke pore minimizer ni? Untuk tahu lebih lanjut anda boleh whatsapp je saya ye.. InshaAllah saya bantu anda ye..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Facial Mask Apa Nak Pakai? Apa Fungsi Facial Mask Ni?

 



Assalamualaikum..

Untuk posting kali ni kita nak sembang sembang pasal facial mask pulak.. hehe.. Berapa kerap anda pakai facial mask dalam seminggu? atau mungkin pada sebahagian wanita, soalan yang saya nak tanya adalah pernah tak anda apply facial mask ni dalam skincare routine anda? Ok, sebenarnya facial mask ni bukanlah satu perkara yang wajib dalam skincare routine kita.. Tapiii ia sangat sangat digalakkan kalau anda betul betul concern dengan kulit anda.. Especially kalau anda dalam proses untuk merawat kulit yang kusam, berjeragat, berjerawat dan pelbagai masalah kulit lagi kepada kulit yang lebih bersih bersinar dan sihat.. Haa bersinar saya tulis kat sini kan.. Yes, kalau anda betul betul serious nak dapat kulit yang cantik, berseri, bersinar, ton kulit yang sekata dan sihat, anda mesti masukkan facial mask ni dalam skincare routine anda.. dan kalau anda rajin boleh masukkan juga exfoliation dalam rutin anda.. Alaa bukan setiap hari pun tau.. Cuma seminggu 2x je untuk pakai dua dua ni..

Apa tujuan facial mask ni? Haa kalau anda nak tau, facial mask ni sangat bagus untuk bersihkan kulit dari lebihan minyak, kotoran, melembabkan kulit, membaiki struktur pori pori kita dan mengurangkan masalah kulit yang lain.. Sebenarnya semua facial mask ni tak sama tau.. Ia bergantung kepada jenis vitamin dan ingredients yang ada pada facial mask tu.. Contoh kalau goal kulit anda adalah untuk cerah berseri, anda boleh pilih mask yang khusus untuk mencerahkan kulit.. Macam tu juga la kalau anda nak melembabkan kulit atau anti ageing.. Semuanya bergantung pada jenis goal kulit anda dan vitamin yang ada pada mask itu sendiri.. Haa sekarang anda faham kan..

Macam mana facial mask ni berfungsi? Ok, facial mask ni umpama selimut yang membaluti kulit kita la.. Bila kita balut kulit kita dengan mask ni, kulit kita akan menyerap segala vitamin yang ada padanya dan mula bertindak balas membaik pulih kulit.. Begitulah secara ringkasnya.. Tak perlu lama lama pun pakai facial mask ni.. Cukup 20 minit je sambil enjoy "spa moment" kat rumah.. Lepas tu anda cuci dan teruskan dengan rutin skincare biasa.. Mudah kan.. 



Tapi facial mask apa nak kena pakai? Haa macam saya cakap tadi la.. Semuanya bergantung pada goal kulit anda.. Apa yang anda nak baiki pada kulit.. Kat pasaran banyak sebenarnya facial mask yang anda boleh pilih.. Tapi kalau anda tak pasti facial mask mana yang anda nak pilih, anda boleh serahkan tugas ni kat saya ye.. InshaAllah sebagai MaryKay Beauty Consultant saya boleh berikan nasihat yang baik untuk goal kulit anda.. Dan yang bestnya, Mary Kay ada macam macam facial mask yang bagus untuk pelbagai jenis kulit.. Anda boleh pilih sama ada nak pakai yang liquid punya atau pakai yang jenis sheet tu.. Dua dua pun boleh tau.. Tapi biasanya saya pakai Deep Cleansing Charcoal Mask MaryKay tu.. Memang terasa dia sedut sedut segala kotoran dalam pori pori saya tu.. hihi.. Best sangat.. Tapi kadang kadang saya suka juga yang jenis sheet tu.. Sambil baring baring buat treatment muka sambil saya enjoy 'spa moment' kat rumah.. Haaa syok kan.. Siapa kata duduk rumah musim PKPB ni takde benda nak buat.. Kita buat treatment muka laa.. haha..

Okay, kalau anda ada pertanyaan pasal apa apa mask MaryKay yang bagus untuk kulit anda, boleh roger je saya kat wasap okeh.. Jumpa lagi di next posting okay..


Afzan Ismayatim
013-2692613
MaryKay Beauty Consultant Malaysia

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN