Anda suka melancong? Saya pun suka
melancong juga. Bagi sesetengah orang, melancong ibarat “impian menjadi
kenyataan”. Sebagai contoh, impian menaiki kapal pelancongan mewah mengililingi
lautan bersama keluarga tersayang. Ada orang lain pula, impian percutian mereka
adalah melawat tempat-tempat terkenal di dunia seperti Kota London, Paris dan
beberapa tempat lain lagi.
Saya? Hmm.. Tempat yang paling saya
suka pergi mestilah laut. Saya memang suka pada laut dan mana-mana tempat yang
ada kaitan dengan alam semulajadi seperti air terjun dan hutan belantara. Pada
saya, bila kita stress, kita kena kembali pada alam semulajadi. Sebab disitu ada
ketenangan dan kedamaian untuk hati yang bergelora. Melihat alam semulajadi
juga dapat meningkatkan aura positif dalam diri. Bila kita lebih positif, kita
akan sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik je kan. Sebab itulah orang
yang nak pergi bercuti ni akan rasa satu semangat dan keseronokan dalam diri.
Anda akan nampak orang yang tengah bercuti ni wajah berseri-seri je kan. Anda
perasan tak?
Ada orang merancang percutian ni ikut
jadual cuti dan status kewangan mereka. Ada juga yang suka melancong secara
mengejut tanpa perancangan pun. Haa saya salah seorang dari kategori ni la
hehe. Adakalanya, percutian tanpa dirancang ni sangat seronok sebab anda
belajar tentang “survival” di tempat orang, terutamanya kalau melancong di luar
negara. Saya pernah buat beberapa “kerja gila” ni. Lebih “gila” lagi sebab saya
pergi sendirian secara “solo backpacker” hehe. Nanti saya akan cerita apa yang
mendorong saya buat “kerja gila” ni, dan pengalaman-pengalaman manis yang saya
dapat dengan anda semua ya.
Okey untuk edisi pertama blog saya ni,
saya nak kongsi 5 sebab kenapa anda kena pergi melancong ni:
1.
Melawat Tempat-Tempat Baru
Sepanjang saya melancong, saya pernah menjejaki beberapa
tempat-tempat baru dan salah satunya adalah tempat 7 keajaiban di dunia.
Sebelum ni saya hanya belajar di buku je. Tapi Alhamdulillah, saya
berkesempatan untuk menjejak kaki ke Taj Mahal di India. Insyaallah kalau ada
rezeki, saya akan ke tempat-tempat yang lain pula.
Orang
kata “tak kenal makanya tak cinta”. Pada saya, melawat tempat-tempat baru ni
dapat membuka minda kita tentang sejarah perabadan dunia, dan belajar untuk
menghargai setiap perkara yang ada di sekeliling kita. Kebanyakkan
tempat-tempat yang kita pergi ni sesuatu yang kita tak jumpa di tempat kita.
Jadi, anda cuba fikirkan betapa beruntungnya kalau kita dapat melihat tempat
orang dan menghagai keunikan yang ada. Mana tau, ada sesuatu pengalaman yang
kita dapat bawa balik ke Malaysia untuk diguna pakai kan.
2.
Mencari Pengalaman Baru
Kata orang siapa yang tak pergi melancong ibarat membaca
buku mukasurat pertama je. Betul, saya setuju sangat. Macam saya contohnya,
pernah dulu saya pergi ke Paris sendiri je. Saya tak guna travel agent sebab
saya memang nak explore sendiri tempat orang. Berjalan pun pakai peta je. Tapi
Alhamdulillah, saya berjaya explore Paris dengan jayanya. Saya bukan saja naik
underground, tapi saya juga berjaya jalan kaki di sekitar Paris tu untuk
melihat sendiri kota Paris (dan butik-butik handbag mewah juga hehe). Bila
penat, saya naik bas “double decker” tu. Sampai cramp juga la kaki dan tangan
sebab masa tu musim winter hehe. Tapi harini, bila ingat balik kenangan tu,
saya jadi seronok dan rasa bangga sangat dengan diri sendiri. Nanti saya akan
share cerita tentang ni nanti ya.
Anda pernah buat kerja gila macam ni? Jom share kat sini
apa kerja gila pertama yang anda pernah buat.
3.
Belajar Budaya dan Bahasa Baru
Ohh ini perkara yang paling saya suka. Saya suka melihat
budaya dan bahasa negara-negara asing. Pernah dulu saya cuba untuk belajar
bahasa asing tapi tak berjaya. Tapi bila kita berada di negara orang, kita
terpaksa belajar benda-benda tu untuk “survival”. Dan saya rasa pengalaman ini
lebih menarik berbanding masa saya belajar “saja-saja” dulu. Bila dah belajar
budaya dan bahasa asing ni, kita senang untuk berkomunikasi dengan rakyat
tempatan dan ini sangat memudahkan perjalanan kita disana nanti.
Saya ada rakamkan beberapa gambar-gambar menarik masa
saya di negara-negara tu. Insyaallah saya akan share juga nanti dengan anda ye.
4.
Makan Makanan Baru
Siapa yang tak suka makan? Saya memang suka makan. Jadi
bila kita pergi melancong, kita akan berpeluang untuk merasa makanan tempatan –
sesuatu yang kita tak dapat rasa di Malaysia. Dulu masa di Venezuela, saya
pernah makan dessert yang dibuat dari beras. Rasanya manis seperti dadih yang
kita buat di Malaysia ni. Tapi kesedapannya sampai harini pun saya masih
terbayang-bayang hehe. Memang jauh la pula nak terbang ke sana semata-mata nak
makan dessert ni kan. Tapi itulah pengalaman manis yang saya masih ingat sampai
sekarang.
Di Indonesia pun banyak pengalaman juga. Teringat masa
mula-mula sampai sini dulu, saya teringin nak makan “es teler”. Rasanya seperti
cendol dan ABC yang kita makan di Malaysia tu. Tapi kat sini ada sedikit
campuran tapai. Tungguu. Nanti saya akan cerita pengalaman ni nanti pada anda
ye.
5.
Mencari dan Mencabar Diri Sendiri
Saya memang
seorang yang suka pada cabaran. Walaupun tidaklah sehebat cabaran yang
kebanyakkan orang selalu buat, tapi ia cukup besar untuk menguji kemampuan diri
saya sendiri.
Macam baru-baru
ni, saya tiba-tiba rasa macam nak pergi bercuti di suatu tempat di Jakarta.
Saya tak fikir panjang, saya terus pack barang, book hotel dan pergi je hehe.
So, sementara nak tunggu waktu untuk check-in hotel, saya berjalan di sepanjang
pantai sambil mengambil gambar. Tanpa sedar, dekat 10km juga saya berjalan
kaki. Ini memang satu pencapaian untuk diri saya sendiri. Bukan takde kenderaan
yang saya boleh ambil, tapi saya sengaja nak merasai pengalaman ni. Pada saya,
pengalaman dapat mendewasakan minda dan corak pemikiran kita. Saya lebih
menghargai setiap perjalanan yang saya hadapi. Ya, jalan hidup kita tak sama.
Cara saya mungkin berbeza dengan cara kebanyakkan orang yang lain. Tapi,
sekurang-kurangnya saya bangga sebab saya berjaya melalui hidup ini dengan
lebih baik. Kalau rintangan yang kecil kita tak mampu nak hadapi, anda fikir
adakah anda mampu untuk melalui cabaran lain yang lebih besar?
Okey, ini
sedikit sebanyak apa yang saya nak kongsi dengan anda semua harini. Insyaallah,
di entri yang lain saya akan cuba menambah kandungan blog ini supaya kita semua
sama-sama dapat manfaatnya dan menikmati hidup ini dengan lebih baik.
Afzan Ismayatim