Saturday, 31 July 2021

Memberi Dengan Cinta-Nya Ya Waduud




Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat? Saya doakan agar anda sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan bahagia dengan cinta-Nya Ya Waduud.

Dah lama rasanya saya tak update blog ni. MasyaAllah tabarakAllah. Beberapa bulan ni banyak perkara yang berlaku. Banyak cerita manis yang saya lalui. Banyak ilmu baru yang saya belajar. Banyak kenalan baik yang saya temui. Alhamdulillah, selain tamat pengajian Masters di Singapura, Allah hadirkan juga cerita-cerita indah dan manis dalam hidup saya. Namun, satu perkara yang sangat terkesan di hati adalah  bila Allah hadiahkan sahabat dan circle yang MasyaAllah sangat indah penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Kami tidak saling mengenali, apatah lagi pernah berjumpa. Namun, getaran cinta Allah Ya Waduud dan Rasulullah saw hadir memenuhi ruang-ruang di hati-hati kami. Sejujurnya, saya tak mampu nak cerita macam mana indahnya perasaan ini sehingga saya rasa tiada satu bekas di dunia ini pun yang mampu saya tadah semua nikmat yang Allah dah beri pada saya. 

Tengahari tadi saya terima satu "bungkusan" indah dari seorang sahabat yang nun jauh di Johor Bahru, namun sangat dekat di hati dan jiwa saya. Kandungannya terlalu istimewa sehingga saya mohon izin beliau untuk saya kongsi disini. Cinta-Nya Ya Waduud - inilah bungkusan yang saya terima harini. Bungkusan yang penuh dengan ingatan bahawa bila kita memberi dan membahagiakan insan lain, sebenarnya kita sedang membahagiakan jiwa kita sendiri. Sungguh, di saat saya melihat beberapa video dan gambar yang dikirim, saya tersenyum bahagia. Begitulah hebatnya kuasa sedekah. Bukan sekadar mereka yang menerima je rasa bahagia, malah kita yang melihat turut rasa bahagia. Allahu, kemudian saya teringat pada sepotong ayat: "Bila Allah sayang, Dia akan campakkan rasa cinta itu di hati-hati hamba yang disukai-Nya". Harini saya merasai sendiri betapa sedekah bukan sekadar berkongsi rezeki, malah juga dapat menyucikan hati dan jiwa nurani. Kalau saya yang jauh pun dah boleh rasa getaran bahagia tu, saya yakin mereka yang menerima pun pasti lebih bahagia lagi.

Lepas habis baca message tu, saya google tentang sedekah dan terjumpa sepotong hadis Riwayat Al-Tirmizi daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ
Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.

Saya doakan semoga Allah hadirkan kebaikan kepada kita semua dan jadikan kita golongan yang mencintai sedekah. Semoga berkat sedekah ini juga Allah menghapuskan dosa-dosa kita dan memadamkan panasnya api neraka. Aamiin. 

Terima kasih sahabat-sahabat positif, sahabat-sahabat Hujan Rezeki, dan sahabat-sahabat Save our Soul yang sentiasa memegang tangan saya untuk lebih dekat pada Allah. Semoga kita berjumpa di syurga Allah yang masyaAllah digambarkan penuh indah dengan istana yang cantik, perhiasan dan mahkota yang berkilauan, bidadari yang menawan, sungai yang mengalir dan makanan yang tidak pernah kita lihat di dunia ini. 

Semoga bermanfaat.

Afzan Ismayatim
Menulis dengan Cinta

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN