Saturday, 2 May 2020

Mencari Cinta Allah

Assalamualaikum..

Hai apa khabar? Selamat berpuasa..! Macam mana dengan puasa sahabat-sahabat semua.. Saya harap semuanya berjalan dengan baik, terutama dalam keadaan COVID-19 ni.. Saya juga mendoakan sahabat-sahabat semua sihat walafiat, ceria, tenang dan bahagia di bawah perlindungan dan kasih sayang Allah swt.. Bulan Ramadhan ni bulan yang penuh dengan rahmat dan barokah.. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan yang lain.. Allah telah janjikan pelbagai nikmat dan ganjaran kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa dan menghidupkan amalan di bulan Ramadhan ni.. Jadi rugi sangat kalau kita biarkan bulan Ramadhan ni berlalu begitu saja kan..

Sedar tak sedar dah 9 hari kita berpuasa pada tahun ni.. Bermaksud beberapa hari je lagi kita akan masuk ke pertengahan bulan Ramadhan.. Bermaksud semakin hampir kita dengan 10 malam yang terakhir dan paling istimewa adalah malam lailatul qadar.. Banyakkan berdoa dan beribat di bulan Ramadhan ini ye sahabat..

Oh ye, Ramadhan tahun ni pada saya sangat istimewa.. Sangat berbeza dengan Ramadhan pada tahun-tahun lepas yang saya sambut.. Pada saya, setiap tahun Ramadhan memberikan saya pengalaman yang menarik dari segi ketaqwaan dan ibadah kepada Allah swt.. Kalau tahun-tahun sebelum ni saya berkesempatan berbuka puasa dan bertarawikh di masjid, tapi pada tahun ni Allah beri nikmat untuk saya tingkatkan ilmu-ilmu agama melalui FB live, IG live dan youtube.. Banyak ilmu baru yang saya belajar dari ilmuwan seperti Datuk Prof. Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustaz Dasuki dan ramai lagi..

Masa sesi FB live Ustazah Asma dengan Neelofar tadi, saya tertarik bila Ustazah Asma berkongsi tentang satu hadis sahih mengenai kecintaan Rabiatul Adawiyah terhadap Allah swt.. Menurut Ustazah Asma, Rabiatul Adawiyah sangat menikmati cinta kepada Allah sehingga beliau tidak sedar ada darah ditubuh badannya akibat dari atap rumahnya yang runtuh lalu terkena pada dirinya.. Begitu sekali cinta Rabiatul Adawiyah terhadap Allah.. Sedangkan kita bila bersolat kalau tangan gatal pun kita tak tahan dan rasa nak garu kan.. Betapa jauhnya kita ni.. Kasih sayang kita pada Allah belum cukup kuat.. Masih banyak perkara yang perlu kita betulkan.. Sebab itulah kita kena sentiasa berdoa pada Allah supaya dikurniakan rasa cinta kepadaNya.. Tapi mcm mana nak berdoa? Kalau sahabat nak tau, Ustazah Asma juga ada sebutkan satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah.. InshaAllah saya akan cuba mencari doa tu yang lengkap kemudian.. Tapi kandungan doa tu antaranya meminta kita berdoa supaya Allah berikan kita rasa cinta untuk mencinta Allah swt, dikurniakan kita dengan orang yang mencintai Allah, menunjukkan kita amalan yang mendekatkan kita kepada cinta Allah swt, mencintai Allah melebihin dari diri kita sendiri, keluarga dan air dingin (nikmat dunia).

Macam mana kita nak tahu bila Allah mencintai seseorang hambaNya? Bila Allah melorongkan kita melakukan amal kebaikan seperti menutup aurat dan membaca Al Quran.  Menurut Ustazah Asma, terdapat satu hadis Nabi saw yang menyebut jagalah Allah nescaya Allah akan menjagamu, apabila kamu menjaga Allah, kamu akan dapati Allah ada dihadapanmu, dan apabila kamu inginkan sesuatu dengan Allah maka mintalah apa sahaja daripada Allah.. Tapi macam mana kita nak menjaga Allah? Caranya adalah dengan menjaga hak Allah iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang Allah cinta dan meninggalkan perkara yang Allah larang.. 

Sahabat nak tahu tak.. Bila Allah sayangkan salah seorang hambaNya, Allah akan khabarkan pada malaikat Jibril tentang kecintaan Allah pada si fulan binti si fulan.. Kemudian malaikat Jibril akan pergi kepada si fulan binti si fulan serta mengumumkan pada sekalian malaikat yang lain meminta supaya semua malaikat juga mencintai si fulan binti si fulan.. Tapi sahabat, yang paling kita takuti adalah bila Allah murka dengan kita, maka sekalian malaikat juga turut mengetahui betapa Allah sedang murka pada kita..

Ustazah Asma juga bercerita tentang kisah Saidina Osman yang pengsan setiap kali melalui kawasan kubur kerana takut dengan siksaan api neraka.. Apabila para Sahabat Nabi bertanya kenapa Saidina Osma harus takut sedangkan Rasullullah pernah khabarkan bahawa Saidina Osman telah dijanjikan syurga, Saidina Osman berkata sungguhpun dirinya telah dijanjikan syurga tetapi dirinya tetap tidak terlepas dari siksaan kubur.. Saidina Osman juga menangis kerana membayangkan dirinya berada di dalam neraka dan tiada di dalam syurga.. Kalau nak dibandingkan diri kita dengan para Sahabat Nabi memang jauh sangat.. Kalaulah esok Allah memanggil kita pulang, belum pasti kita layak masuk ke syurga kerana kita hanyalah insan biasa.. Tapi kita masih boleh berdoa supaya Allah selamatkan kita dari api neraka dan masukkan kita ke dalam syurga.. Sebab itulah di bulan Ramadhan ini kita kena perbanyakkan amalan dan sentiasa memanjatkan doa supaya Allah selamatkan kita di dunia ini dan memberi ganjaran yang baik untuk kita di hari pembalasan nanti.. Kita kena sentiasa doa supaya Allah redha dengan kita, selamatkan kita dari siksaan api neraka dan masukkan kita ke dalam syurga.. Salah satu amalan yang boleh kita lakukan adalah dengan melakukan solat tahajjud.. Tapi macam mana nak menikmati amalan solat tahajjud ni? Caranya adalah dengan menghidupkan cinta kepada Allah dengan berbicara, merintih dan merayu kepada Allah.. Rasai cinta kepada Allah dengan memahami khaifiat dan kelebihan solat tahajjud.. 

Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita.. Dan yang paling penting adalah untuk bertemu dengan Rasullullah saw yang paling kita rindui..

Semoga posting ini bermanfaat untuk sahabat semua.. Salam Ramadhan dan selamat menunaikan solat tahajjud.. 

Salam sayang,

Afzan Ismayatim
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Journal by Afzan Ismayatim” ini. Saya suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara luar. Saya juga suka bisnes, memasak, berkongsi resepi, membaca buku dan berkongsi cerita motivasi dengan masyarakat. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi pelbagai cerita bisnes, motivasi dan pembangunan diri wanita. Semoga bermanfaat. Follow FB Afzan Beauty Shoppe @ FB Afzan Ismayatim

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN