Saturday, 12 November 2016

Persediaan Penting Untuk Muslim Traveler

Anda muslim traveler..? Anda mesti pernah berhadapan dengan situasi bila anda terpaksa fikir tentang makanan, terutamanya di negara-negara yang susah nak cari makanan halal.. Haa saya pun pernah hadapi masalah macam ni juga.. Biasanya saya tak fikir sangat tentang makanan ni sebab pada saya cukup dengan coklat dan roti yamg dibeli di Malaysia.. Tapi bila umur dah makin meningkat ni, cepat betul perut rasa gastrik dan stok makanan memang sentiasa kena ada.. Tambahan pula untuk travel 3 atau 4 hari ni takkan nak harap pada roti dan coklat je kan.. hehe..

Saya teringat dulu masa kecik-kecik, setiap kali nak travel mak saya mesti akan siapkan nasi lemak atau meehoon atau apa-apa sahaja makanan sebelum kami mulakan perjalanan.. Dulu saya tak faham sebab masih lagi kanak-kanak masa tu.. Tapi harini bila dah dewasa ni baru saya faham betapa pentingnya kita buat persediaan makanan sebelum memulakan perjalanan ni..

Hmm.. Teringat juga saya pada satu kisah pada tahun 2013 bila sekumpulan rakyat Malaysia yang mengikuti trip perniagaan ke London terperangkap dalam bas pada musim sejuk bersalji.. Lebih tragis lagi, mereka tiada bekalan makanan yang dibawa dan pakaian pula hanya beberapa helai sahaja.. Disebabkan salji sangat tebal masa tu dan kebetulan terperangkap dalam hutan, urusan mencari mereka mengambil masa 2 hari.. Hmm bayangkan tanpa makanan dan hanya berbekalkan pakaian yang sedikit agak-agak macam mana mereka survive ye.. Sebab itulah pentingnya untuk kita buat persediaan yang sebaiknya sebelum memulakan perjalanan..

Okey, sebenarnya esok saya akan ke Bali (yeayy..!).. Dah lama sebenarnya saya tak jalan-jalan ke Bali ni.. Kali terakhir masa tahun 2014 dulu.. Itu pun sebab ada urusan kerja dan tak sempat nak explore Bali ni sangat.. Jadi esok insyaallah saya akan ke Bali untuk bercuti dan berehat-rehat.. Dalam fikiran saya cuma nak berehat, relax dan tenangkan fikiran sambil membaca buku.. Haa ingat kat rumah je ke boleh baca buku.. Saya nak baca buku sampai ke Bali tau.. hehe.. Persediaan saya kali ni simple je sebab saya cuma nak berehat dan relax je kat Bali nanti.. Jadi saya cuma membeli sedikit makanan untuk dimakan dengan roti nanti.. Bukan apa, saya tak mahu membazir sebab takut nanti bawa banyak sangat, sudahnya tak makan pun nanti.. Lagi pun beg pun kena spare juga untuk bawa balik souvenir nanti kan.. hehe..



Masa ke Paris dulu saya tak bawa makanan macam ni sangat pun.. Sebab saya jenis tak berapa cerewet tentang makanan.. Jadi masa kat sana saya cuma beli buah-buahan, roti dan kentang (french fries) Mc Donald sahaja.. Tapi kalau anda seorang yang concern tentang makanan, saya nasihatkan anda sediakan makanan lebih awal supaya tak kelaparan nanti.. Ada juga kawan-kawan saya yang sediakan 1 beg khas untuk makanan.. Ada juga kawan-kawan lain yang hanya shopping di super market dan masak di resort penginapan mereka.. Tapi macam saya yang backpacker dan menginap di hotel ni memang agak susah sedikit untuk memasak, jadi pilihan yang ada hanyalah membawa makanan yang ready-to-eat jer..

Anda ada pengalaman tentang makanan yang boleh dikongsi bersama..? Boleh share cerita anda kat bahagian comment di bawah ni yer..

Okey, saya berhenti disini dulu yer.. Nak packing barang sekejap.. Insyaallah lagi banyak lagi cerita saya akan kongsi dengan anda esok ye.. =)

Afzan Ismayatim    

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Diary” ini. Saya sangat suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara orang. Saya pernah ke Belgium, France, India, Netherlands, Peru, Spain, Yemen dan beberapa buah negara lagi untuk melancong dan bekerja. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi beberapa pengalaman manis semasa saya berada negara-negara ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN