Sunday, 18 September 2016

Idea Bisnes




Ramai orang percaya, salah satu cara untuk memperbaiki hidup adalah dengan menjalankan perniagaan. Rasulullah saw pun pernah bersabda “9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan”. Saya tau ramai wanita di luar sana nak buat perniagaan. Tapi dalam pasaran ni terlalu banyak peluang perniagaan untuk diteroka. Jadi perniagaan mana yang terbaik untuk mereka?

Say dulu pun banyak sangat perniagaan saya cuba teroka. Saya pernah cuba menjual tudung, bekas pensel, hamper, coklat dan macam-macam lagi. Sehingga la harini saya bertemu dengan perniagaan yang betul-betul serasi dengan saya, iaitu beg patchwork untuk wanita dan remaja. Saya memang suka pada patchwork ni. Dan saya memang suka juga menjahit, walaupun saya tak berapa pandai menjadit hehe. Tapi saya banyak tengok dalam pinterest tentang design beg-beg yang cantik ni. So, dari sinilah datang minat untuk membuat perniagaan beg ni.

Insyaallah saya akan tunjuk tutorial menjahit beg di blog ini untuk mereka yang berminat dengan seni jahitan beg ni. Mana la tau kan, dari hobi ni boleh menjadi mesin duit pula kepada anda. Untuk memudahkan anda menjalankan hobi ni, saya akan menjual pek jahitan beg ni untuk anda. Buat masa ni, pek jahitan ni masa dalam proses pembuatan. Insyaallah bila siap nanti saya akan segera umumkan kepada anda, lengkap dengan video tutorialnya sekali ye. Tunggu tau.


Sehingga bertemu di entri akan datang..!

Gambar oleh www.istockphoto.com

Afzan Ismayatim



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Assalamualaikum wbt.. Nama saya Afzan Ismayatim, dan saya penulis blog “Travel & Living Diary” ini. Saya sangat suka melancong, menjelajah dan meneroka tempat-tempat baru dan negara-negara orang. Saya pernah ke Belgium, France, India, Netherlands, Peru, Spain, Yemen dan beberapa buah negara lagi untuk melancong dan bekerja. Insyaallah, dalam blog ini saya akan berkongsi beberapa pengalaman manis semasa saya berada negara-negara ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.

Popular Posts

Recent Posts

Powered by Blogger.

Copyright © Travel and Living Journal by Afzan Ismayatim | Powered by Blogger
Design by BG DESIGN